Connect with us

Terkini

“Saya yakin UMNO, BERSATU, PAS akan terkubur dalam masa 5-6 tahun” – Rafizi Ramli

Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “Saya yakin UMNO – Barisan Nasional akan terkubur dalam masa 5 ke 6 tahun dari sekarang.”

Wartawan TMT

Published

on

“Saya yakin UMNO, BERSATU, PAS akan terkubur dalam masa 5-6 tahun” – Rafizi Ramli
Foto: Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
  • Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat menyuarakan ‘kepastian’ bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan terkubur 5 ke 6 tahun lagi.
  • Ini kerana melihat kepada kerosakan teruk yang berlaku terhadap parti UMNO ketika ini, mustahil kerosakan itu dapat dipulihkan.
  • Sekiranya UMNO, Barisan Nasional, BERSATU dan PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya akan datang dan seterusnya, maka mereka akan terus lemah.
  • Namun Rafizi mengingatkan supaya semua pihak bersedia membantu golongan rakyat yang bakal menjadi mangsa banjir dalam tempoh 2 ke 3 minggu akan datang.
  • Menjaga kebajikan rakyat merupakan tugas penting kerajaan berbanding memikirkan tarikh untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya.

Kuala Lumpur – Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “Saya yakin UMNO – Barisan Nasional akan terkubur dalam masa 5 ke 6 tahun dari sekarang.”

Beliau berkata demikian dalam Rapat Mega Keadilan yang berlangsung di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati pada Ahad lepas. Video ucapan itu dikongsikan oleh beliau melalui Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, mustahil parti yang begitu rosak begini boleh bina balik kekuatan dari bawah untuk mendepani cabaran pada hari ini.

“Jangan bimbang. UMNO, Barisan Nasional, BERSATU, PAS tidak boleh melepasi PRU kali ini dan akan datang, maka mereka akan lemah,”katanya.

Namun masalah akan wujud kepada Parti Keadilan Nasional apabila mereka menang dan ambil alih pimpinan kerajaan, bagaimanakah kerajaan yang akan mereka warisi? Ini kerana masalah yang ditimbulkan kerajaan terdahulu terlalu besar untuk diselesaikan.

Sebelum itu, Rafizi mengingatkan semua agar bersedia membantu mangsa-mangsa banjir yang akan menjadi mangsa menjelang musim banjir beberapa minggu lagi. Beliau turut menempelak pihak kerajaan yang mengutamakan pilihan raya umum berbanding membantu menyelesaikan masalah banjir yang telah lama berlarutan.

Beliau berkata, “Ahli politik yang hebat mana pun jika tidak hiraukan kebajikan rakyat. Tak lama nanti rakyat akan menghukum mereka.” Hal ini telah terjadi kepada sejarah Amerika Syarikat sewaktu Presiden George Bush memerintah dan kemudian kalah kepada Presiden Obama dalam pilihan raya kerana tidak perihatin kepada kebajikan rakyat.

Sumber : Facebook Rafizi Ramli

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending