Terkini
PH amal politik dendam, PAS tolak bersama elak mudarat politik lebih besar – Hadi Awang
Sejak awal lagi, PAS memilih untuk menolak bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan mudarat politik yang lebih besar walaupun parti itu dijemput menyertainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

- Penolakan itu susulan pengalaman PAS yang lama dalam bertahaluf (kerjasama) dengan beberapa parti yang ada bersamanya.
- Ia boleh menyebabkan masyarakat majmuk rapuh dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara.
- Ramai dalam kalangan PH tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.
- PH terdiri daripada kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
- PAS menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia.
- Ada kalangan mereka bersikap pragmatik mahu berkuasa semata-mata tanpa ideologi ingin diperjuangkan, menyebabkan mereka hanyut dan mudah melompat.
KUALA LUMPUR – Sejak awal lagi, PAS memilih untuk menolak bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan mudarat politik yang lebih besar walaupun parti itu dijemput menyertainya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan itu susulan pengalaman PAS yang lama dalam bertahaluf (kerjasama) dengan beberapa parti yang ada bersamanya.
Beliau berkata PAS menolak mudarat politik yang akan memberikan kesan lebih besar kepada negara di mana ia boleh meruntuhkan asasnya sehingga mematahkan cabang penting termasuk hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh.
Sekiranya bersama PH ia akan lebih banyak menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, keadaan sedemikian dapat dirasai dalam tempoh PH memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Pusat, walaupun singkat berbanding BN yang paling lama memerintah sebelum ia ditolak rakyat dalam PRU-14 berikutan salah laku dan rasuah.
“Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.
“Paling ramai juga melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji manis dan bohong (seperti rasuah). Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman.
“Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
“Bahkan terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, beliau berkata bahawa PAS menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia. PAS menegaskan sekiranya ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.
“Bersama dalam PH, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menegaskan ideologi sekularnya secara terbuka sehinggakan mereka menolak prinsip agama dalam politik. Selain itu, ada dalam kalangan mereka yang bersikap pragmatik mahu berkuasa semata-mata tanpa ideologi yang ingin diperjuangkan, menyebabkan mereka menjadi hanyut dan mudah melompat,” katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS tetap mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan Islam, termasuklah bahasanya yang menjadi teras kepimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain.
“Ini kerana, Islam mengajar bangsa Melayu ini agar tidak bersikap fanatik perkauman yang dapat disaksikan dalam masyarakat Malaysia,” jelasnya.
Beliau berkata, PH yang berdegar-degar menentang rasuah dan salah laku, namun sewaktu memerintah dan berkuasa mereka terlalu lemah menanganinya berikutan sikap pragmatik dan sekular menjadikan mereka berkocak sesama sendiri.
“Hal ini disebabkan mereka lebih sibuk berebut jawatan Perdana Menteri dan lain-lain.
Bahkan, mereka mengambil tindakan secara terpilih, sehingga ada dalam kalangan mereka yang ditamatkan proses mahkamah di pertengahan jalan. Malah, ada juga tidak meneruskan pendakwaan yang sangat meragukan, begitu juga ada yang dipilih untuk diteruskan sehingga memakan masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menerima bebanan selepasnya dan ada pula seolah-olah media menjadi hakim dan seterusnya,” katanya pada Khamis.
Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN