Connect with us

Ekonomi

OktaFX dalam senarai amaran Bank Negara Malaysia

Menerusi ciapan dibuat BFM News melalui Twitter, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan OctaFX kini tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Syarikat berkenaan tidak diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

OktaFX dalam senarai amaran Bank Negara Malaysia
  • Pelan Pelaburan OktaFX yang giat dipromosikan selebriti Fizo Omar dan Wak Doyok kini tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan yang ditadbir Bank Negara Malaysia.
  • Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum ini telah memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur dengan alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.
  • TMT telah menghubungi Pegawai Kanan Pusat Khidmat Aduan Pegguna Nasional (NCCC) bagi mendapatkan komen berkaitan isu ini.

KUALA LUMPUR – Menerusi ciapan dibuat BFM News melalui Twitter, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan OctaFX kini tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Syarikat berkenaan tidak diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

OktaFX kini giat dipromosikan oleh selebriti Fizo Omar dan Wak Doyok.  BNM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status sebenar OktaFX sekitar minggu lalu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memaksukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur dengan alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

The Merdeka Times telah menghubungi En. Baskaran Sithanparam, Pegawai Kanan, Khidmat Pusat Khidmat Aduan Pegguna Nasional (NCCC) bagi mendapatkan komen berkaitan isu ini.

Ketika ditanya apa yang perlu dilakukan pengguna sekiranya ingin membuat pelaburan kewangan ? Baskaran menjawab, “Yang pertama pengguna perlu menghubungi atau melihat senarai syarikat-syarikat yang dibenarkan menerima pelaburan di dalam maklumat yang disediakan oleh Bank Negara.”

Tambahnya, “Sekiranya iklan-iklan pelaburan dalam aplikasi ‘smart phone’ atau di internet mencurigakan, maka pengguna boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).”

“Dalam kes ini, saya melihat OktaFX telah disenaraikan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan oleh Bank Negara Malaysia. Oleh itu, seharusnya pengguna tidak melabur dalam syarikat berkenaan. Kerana telah tersenarai dalam senarai amaran.”

Katanya lagi, “Walaupun iklan-iklan syarikat itu dibuat oleh selebriti, namun kemungkinan selebriti itu sendiri tidak tahu bahawa syarikat tersebut termasuk dalam senarai amaran oleh Bank Negara.”

Menurutnya, pengguna harus bijak membuat keputusan. Sekiranya ingin membuat pelaburan yang sah maka sebaiknya hubungi Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mendapatkan maklumat lanjut sesuatu skim pelaburan. Tindakan ini dapat mengelakkan pengguna ditipu dan wang pelaburan hilang dalam sesuatu skim pelaburan tidak sah.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *