Komuniti
NGO, individu sertai misi mencari dan menyelamat mangsa banjir jangan gerak sendiri, perlu daftar – Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta mana-mana badan bukan kerajaan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan yang ingin turut serta dalam operasi carilamat mangsa banjir supaya tidak bergerak solo dan mengambil tindakan secara sendirian.
- JBPM pinta NGO atau individu yang ingin turut serta operasi cari dan selamat mangsa banjir untuk merujuk atau daftar kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
- Ia bagi penyelarasan berhubung agihan tugas, selain menjamin keselamatan.
- Mereka dibekalkan peralatan menyelamat yang sesuai, terbaik dan mencukupi termasuk alat berkaitan pencahayaan pada waktu gelap.
- “Kita mahukan koordinasi kerana tidak mahu keanggotaan menyelamat terlalu ramai di sesuatu kawasan tumpuan lalu tertinggal atau melupakan kawasan terpencil lain,” – Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
GERIK – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta mana-mana badan bukan kerajaan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan yang ingin turut serta dalam operasi carilamat mangsa banjir supaya tidak bergerak solo dan mengambil tindakan secara sendirian.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, sebaliknya segala tindakan mereka perlu dirujuk atau didaftar kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diterajui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diterajui polis selaku Komandan dan bomba selaku Timbalan Komandan.
Beliau berkata, ia penting bagi penyelarasan terutama berhubung agihan tugas, selain menjamin keselamatan.
Malah, katanya, mereka juga boleh dibekalkan peralatan menyelamat yang sesuai, terbaik dan mencukupi termasuk alat berkaitan pencahayaan pada waktu gelap.
“Mereka masuk ke kawasan yang tiada kepakaran dan pengalaman mengenai topografi kawasan itu walaupun untuk menghulurkan bantuan, mungkin ia berbahaya terutama ketika waktu gelap serta cahaya tidak cukup.
“Kita mahukan koordinasi kerana tidak mahu keanggotaan menyelamat terlalu ramai di sesuatu kawasan tumpuan lalu tertinggal atau melupakan kawasan terpencil lain seperti kes yang pernah terjadi di Kuala Krai, Kelantan suatu ketika dulu.
“Ia sebenarnya berkaitan dengan ‘common sense’ (naluri kebersamaan) iaitu kalau kita masuk rumah orang, kena bagi salam dan begitu juga bila ingin pulang perlu maklumkan tuan rumah. Paling kurang kita tahu pergerakan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Latihan dan Persediaan JBPM menghadapi fenomena Monson Timur Laut (MTL) di Tasik Temenggor, Pulau Banding, di sini hari ini.
Latihan membabitkan kontinjen JBPM dari empat negeri iaitu Perak, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Pulau Pinang membabitkan simulasi operasi penyelamatan dalam suasana berair.
Hadir sama Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman dan Pengarah JBPM Kelantan, Jainal @ Zainal Madasin.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Hamdan berkata, pihaknya berharap sistem amaran awal yang dipasang oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) khususnya di kawasan berisiko berlaku fenomena kepala air dapat memberikan arahan lebih jelas.
Katanya, ini kerana dapatan pihaknya mendapati penduduk kadangkala terkeliru dengan bunyi siren seakan sama dari jentera pasukan beruniform lain, sekali gus menyebabkan penduduk lambat bertindak untuk menyelamatkan diri.
“Kita sarankan agar amaran awal kepada penduduk terkesan dibuat lebih jelas, maksudnya mungkin perlu ‘PA system’ (sistem siar raya). Kalau bunyi siren (semata-mata) mungkin penduduk sangkakan biasa seperti siren ambulans, bomba, atau polis.
“Diharapkan siren dibunyikan bersama pengumuman mengenai keperluan berpindah segera dari kawasan terbabit,” katanya.
Selain itu, katanya, sepanjang tahun lalu terdapat 350 keluarga pegawai serta anggota bomba seluruh negara turut terjejas akibat banjir.
Justeru, beliau berkata, JBPM bercadang menjadikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) khusus bagi anggota bomba terjejas.
Sumber : Berita Harian
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar