Terkini
Bank Rakyat tawar moratorium kepada mangsa banjir
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/12/Bank-Rakyat-tawar-moratorium-kepada-mangsa-banjir-01.jpg)
- Bank Rakyat menawarkan kemudahan bantuan khas banjir, merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.
- Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin, kemudahan moratorium yang disediakan diharap memberi kelegaan dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelanggan yang terjejas.
- “Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.
- “Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Kad Kredit-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Bank Rakyat menawarkan kemudahan bantuan khas banjir, merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin, kemudahan moratorium yang disediakan diharap memberi kelegaan dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelanggan yang terjejas.
“Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.
“Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Kad Kredit-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pelanggan yang terjejas boleh memohon bantuan moratorium menerusi e-mel [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.
Bagi pemegang kad kredit-i Bank Rakyat yang terjejas, pelanggan boleh memohon melalui e-mel [email protected], menghubungi nombor talian Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03- 2693 6880, mengunjungi Pusat Kad Bank Rakyat atau mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Pelanggan boleh layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mereka juga boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah berdekatan dengan mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat untuk mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa. — BERNAMA
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)