Connect with us

Terkini

Nasib mangsa dera ayah tiri dibela

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dan penyanyi rap, Caprice tampil bertemu dengan mangsa yang didakwa didera bapa tirinya bagi menawarkan khidmat bantuan guaman dan kaunseling kepada mangsa. 

Wartawan TMT

Published

on

Nasib mangsa dera ayah tiri dibela
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong dan penyanyi rap, Caprice sewaktu bertemu dengan mangsa.
  • NGO Pendakwah Bebas Firdaus Wong dan  penyanyi rap, Caprice tampil bertemu dengan mangsa yang didakwa didera bapa tirinya bagi menawarkan khidmat bantuan guaman dan kaunseling kepada mangsa. 
  • Pihaknya menghargai tindakan pihak terbabit yang sudi tampil menawarkan bantuan buat anaknya. 
  • “Pihak Firdaus Wong, Caprice dan teamnya menawarkan bantuan untuk membela nasib dia (mangsa) bagi menegakkan kebenaran dan juga tawaran untuk penyediaan terapi bagi bantuan mentalnya,” – Bapa mangsa.
  • Pihak Firdaus Wong dan Caprice bakal memberikan bantuan dari sudut perkhidmatan guaman, khidmat kaunseling dan psikiatri secara percuma dan bantuan sokongan-sokongan lain.

KUALA LUMPUR – Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dan penyanyi rap, Caprice tampil bertemu dengan mangsa yang didakwa didera bapa tirinya bagi menawarkan khidmat bantuan guaman dan kaunseling kepada mangsa. 

Bapa kandung kepada mangsa, Muhd Muhammad Taufik Hidayat, 45, berkata pihaknya menghargai tindakan pihak terbabit yang sudi tampil menawarkan bantuan buat anaknya. 

“Bila benda dah viral, kita tidak tahu nak pergi ke mana sebab mungkin akan menjadi susah tapi bila pihak Firdaus Wong dan Caprice nak bantu, saya rasa bersyukur sangat.

“Pihak Firdaus Wong, Caprice dan teamnya menawarkan bantuan untuk membela nasib (mangsa) bagi menegakkan kebenaran dan juga tawaran untuk penyediaan terapi bagi bantuan mental dia (mangsa),” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times. 

Sebelum ini, bapanya mendakwa bahawa dia telah mengingatkan pihak ibunya untuk tidak bertindak dengan menggunakan fizikal atau kekerasan sebaliknya menyelesaikan dengan cara baik. 

“Selepas laporan polis dibuat, pihak di sebelah sana ada berhubung dengan saya dan meminta maaf, tetapi saya kata ini dah melibatkan kes pukul, kerana sebelum ini saya ada nasihatkan banyak kali apa-apa yang jadi jangan naik tangan,” katanya. 

Beliau turut menyatakan bahawa setiap permasalahan yang berlaku perlu diselesaikan dengan mengikut tatacara undang-undang.

“Nasihat saya untuk orang di luar sana kalau boleh kita mestilah bertindak mengikut undang-undang sebab negara kita ada undang-undang dan saya juga harap pihak yang mengalami kes seperti ini berani tampil kedepan untuk bangkit dengan apa yang sebenarnya yang terjadi,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times. 

Dalam pada itu, beliau berkata pihak Firdaus Wong dan Caprice bakal memberikan bantuan dari sudut perkhidmatan guaman, khidmat kaunseling dan psikiatri secara percuma dan bantuan sokongan-sokongan lain. 

Sebelum ini dilaporkan, satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka. 

Pemilik akaun itu mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Dahlia mendakwa bahawa ayah tirinya telah mencekik serta menampar pipinya sebelum ditolak ke lantai dan menghentak kepala gadis itu.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending