Connect with us

Terkini

Mohon hukuman ringan atas faktor kesihatan, saiz badan

Mahkamah Sesyen perlu mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam mengenakan hukuman terhadap kesalahan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Wartawan TMT

Published

on

Mohon hukuman ringan atas faktor kesihatan, saiz badan
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Mahkamah Sesyen perlu mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam mengenakan hukuman terhadap kesalahan mendera remaja sindrom Down, Bella.
  • Pihaknya mahu mahkamah mempertimbangkan hukuman denda yang mampu anak guamnya melunaskan jika dikenakan pada jumlah maksimum. – Peguam tertuduh, Mohammad Farhan Maaruf 
  • “Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan menjejaskan kesihatannya,” kata peguam itu sewaktu mengemukakan rayuan.
  • Peguam itu berkata, hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang.
  • Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah serius.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen perlu mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam mengenakan hukuman terhadap kesalahan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Peguam tertuduh, Mohammad Farhan Maaruf berkata, pihaknya mahu mahkamah mempertimbangkan hukuman denda yang mampu anak guamnya melunaskan jika dikenakan pada jumlah maksimum.

Malah katanya, pembelaan mahu tertuduh dikenakan hukuman ringan dengan alasan telah insaf selain ia kesalahan pertamanya.

“Saya rayu, mahkamah pertimbangkan kecederaan yang dialami oleh Bella, hanya melibatkan kedua belah tangan dan seluruh badan yang terlibat merupakan parut yang telah sembuh.

“Ini menunjukkan Siti Bainun bukan insan yang kejam dan dia cuba baik mungkin untuk menjaga Bella.

KESIHATANNYA

“Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan menjejaskan kesihatannya,” kata peguam itu sewaktu mengemukakan rayuan.

Peguam itu berkata, hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang.

Advertisement

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah serius.

“Hampir keseluruhan badan Bella, mengalami luka lecur dan terdapat beberapa parut yang mana ia akan kekal seumur hidupnya.

“Ia bukan sahaja mengundang kecederaan fizikal malah mahkamah perlu menjatuhi hukuman ke atas tertuduh kerana ia menjejaskan emosi mangsa,” katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mendapati pengasas Rumah Bonda bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down yang dikenali Bella.

Hakim Izralizam Sanusi mensabitkan Siti Bainun, 31, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Sebelum ini, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Advertisement

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending