Antarabangsa
Media dedahkan ahli politik Sweden rasis dan mahu ‘hapuskan’ Muslim!
Ramai ahli politik Demokrat Sweden (DS) yang bertanding pada pilihan raya tahun ini didedahkan bersikap perkauman dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Neo-Nazi.
- Ramai ahli politik Demokrat Sweden yang bertanding dalam pilihan raya negara itu semalam didedahkan bersikap perkauman dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Neo-Nazi.
- Majalah Sweden Expo dan saluran berita Expressen pada Khamis lalu bertindak menamakan ahli politik terbabit.
- Antaranya ahli politik Demokrat Sweden (DS) Bjorn Halldin, Sonja Hellstrom, Goran Nordin dan Lena Cederlid.
Ramai ahli politik Demokrat Sweden (DS) yang bertanding pada pilihan raya tahun ini didedahkan bersikap perkauman dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Neo-Nazi.
Ahli politik sayap kanan Sweden yang mengambil bahagian dalam pilihan raya semalam didedahkan kepada umum kerana mereka mahu menghapuskan umat Islam dan “blackheads” (orang kulit hitam).
Khamis lalu, majalah Sweden Expo dan saluran berita Expressen menamakan banyak calon sayap kanan yang secara terbuka memberi penghormatan kepada Nazi.
Ahli politik Demokrat Sweden (DS), Bjorn Halldin dilaporkan telah menyebarkan perbincangan anti-Islam dan menyebarkan kebencian selama bertahun-tahun, demikian menurut laporan itu.
Halldin menulis bahawa orang Islam tidak memiliki dunia yang bertamadun dan dia mahu membunuh mereka.
Dia juga berkongsi gambar menghina orang kulit hitam dan menggunakan istilah seperti perkataan “N…” dan menggambarkan mereka sebagai malas.
Halldin berkata Sweden perlu menghapuskan ‘blackheads’ iaitu gelaran untuk orang kulit hitam.
Ahli politik itu juga telah mengambil bahagian dalam kempen kebencian terhadap pemimpin Parti Pusat Annie Loof dengan menyebarkan ‘mesej yang tidak sepatutnya” mengenai pesaingnya itu.
Ahli politik DS, Sonja Hellstrom pula menyebarkan propaganda dalam demonstrasi Nazi dengan mengatakan, “Ahli teori konspirasi? Ya, mungkin, tetapi saya bukan anti-Semitik” merujuk kepada tuduhan bahawa dia berkonspirasi.
Goran Nordin, yang mencalonkan diri untuk DS dalam pilihan raya perbandaran telah menyebarkan ucapan kebencian terhadap umat Islam, khususnya orang Somalia.
Lena Cederlid, yang mencalonkan diri untuk Demokrat Sweden (DS) di Falun menyatakan dengan bangganya bahawa dia ahli kumpulan Nazi, DFS.
Pada 2018, Cederlid secara lisan menyerang pelarian di sebuah forum dengan berkata, “anda membakar, memperkosa, membunuh, menjarah, mencuri, memberi subsidi kepada penipu dan membenci negara kita.”
Semasa pilihan raya 2014, dia menganggap anggota Parti Neo-Nazi Sweden sebagai “kumpulan yang berani mengatakan apa yang orang lain fikirkan.”
Beberapa ahli politik juga dipercayai menjadi anggota kumpulan perkauman lain dan diketuai individu yang mempunyai latar belakang Nazi.
Sumber : TRTWORLD