Connect with us

Terkini

Makan produk mengandungi ganja di negara luar, buat ujian kendiri sebelum pulang ke Malaysia

Rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara membenarkan pengambilan dadah dinasihatkan membuat ujian saringan urin menggunakan ‘test strip’ di negara tersebut terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Makan produk mengandungi ganja di negara luar, buat ujian kendiri sebelum pulang ke Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Buat ujian saringan urin guna ‘test strip’ di negara benarkan pengambilan dadah terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.
  • Ia untuk ketahui sama ada produk makanan diambil mengandungi ganja atau tidak.
  • “Jika gagal dan didapati positif dadah oleh pihak penguat kuasa maka akan dihukum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.” – Ketua Polis Perlis
  • “Saya nasihat jangan ambil dadah atau produk dadah semasa berada di luar negara, sekali gus berhati-hati dengan ‘sample’ makanan di negara yang kita lawati kerana kemungkinan ia adalah produk daripada dadah ganja.”
  • 1,184 orang penagih dadah di Perlis dilaporkan sejak Januari hingga Ogos 2022.

KANGAR – Rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara membenarkan pengambilan dadah dinasihatkan membuat ujian saringan urin menggunakan ‘test strip’ di negara tersebut terlebih dahulu sebelum pulang ke Malaysia.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, ia untuk mengetahui sama ada produk makanan diambil mengandungi ganja atau tidak.

Beliau memberitahu, individu terbabit perlu membuat ujian kendiri tersebut bagi memastikan diri mereka bebas dari dadah sebelum pulang ke Malaysia.

“Jika gagal dan didapati positif dadah oleh pihak penguat kuasa maka akan dihukum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jadi, saya nasihat jangan ambil dadah atau produk dadah semasa berada di luar negara, sekali gus berhati-hati dengan ‘sample’ makanan di negara yang kita lawati kerana kemungkinan ia adalah produk daripada dadah ganja,” katanya.

Beliau mengingatkan kandungan ‘Delta-9-tetrahydrocannabinol’ atau THC iaitu kandungan dadah dalam ganja boleh berada dalam badan lebih seminggu atau sebulan bergantung kepada tubuh seseorang.

“Ia bergantung pada badan individu berkenaan namun ‘Initial Screening’ yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah 50 ng/ml untuk dadah jenis ganja.

“Jika dikesan mengandungi nilai ‘cut – off’ tersebut maka siasatan akan dijalankan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pengesahan pakar hanya dikeluarkan oleh pihak patologi di hospital,” katanya.

Surina berkata, penguatkuasaan penyalahgunaan dadah bukan sahaja dilakukan di sempadan negara malah di seluruh Perlis.

Beliau memberitahu, jumlah penagih dadah dikesan di daerah sempadan iaitu Padang Besar sejak Januari hingga Ogos 2022 ialah seramai 255 orang berbanding Arau (218) dan Kangar (711).

“Keseluruhan jumlah penagih dadah di Perlis ialah 1,184 orang untuk tempoh yang sama,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, tiada konsep pemeriksaan rambang dilakukan polis ke atas mana-mana suspek sebaliknya saringan urin hanya dibuat ke atas suspek atas syak wasangka yang munasabah.

Katanya, setiap suspek yang dikehendaki menjalani saringan adalah atas peruntukkan Seksyen 31A(1A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sehingga kini seramai 1,184 orang rakyat Malaysia telah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Perlis,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending