Connect with us

Antarabangsa

Lebih 3.7 juta ciapan anti-Muslim dalam tempoh dua tahun, majoriti dari AS, UK dan India

Hampir 86 peratus ciapan (Twitter) anti-Muslim di media sosial datang dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India, demikian menurut laporan Majlis Islam Victoria (ICV) yang berpangkalan di Australia.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 3.7 juta ciapan anti-Muslim dalam tempoh dua tahun, majoriti dari AS, UK dan India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir 86 peratus ciapan (Twitter) anti-Muslim di media sosial datang dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India, demikian laporan Majlis Islam Victoria (ICV). 
  • Dalam tempoh dua tahun, antara 28 Ogos 2019 dan 27 Ogos 2021, India mencatatkan angka tertinggi dengan 871,379 ciapan Islamofobia, diikuti AS dengan 289,248, dan UK dengan 196,376.
  • Twitter tidak menapis siaran secara automatik bagi hantaran berbaur kebencian, sebaliknya hanya bertindak sebaik laporan dibuat.
  • Laporan ICV bertajuk Islamophobia in The Digital Age menyimpulkan Twitter secara drastik gagal mengeluarkan kandungan anti-Muslim.
  • Sekurang-kurangnya lebih 3.7 juta ciapan Islamofobia di Twitter antara 28 Ogos 2019 dan 27 Ogos 2021.

Hampir 86 peratus ciapan (Twitter) anti-Muslim di media sosial datang dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India, demikian menurut laporan Majlis Islam Victoria (ICV) yang berpangkalan di Australia.

Dalam tempoh dua tahun, antara 28 Ogos 2019 dan 27 Ogos 2021, India mencatatkan angka tertinggi dengan 871,379 ciapan Islamofobia, diikuti AS dengan 289,248, dan UK dengan 196,376.

Laporan ‘Islamophobia in The Digital Age’ menyatakan Islamofobia yang berleluasa di India terhasil daripada normalisasi kebencian terhadap umat Islam oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah negara itu.

Di AS, senario Islamophobia diburukkan secara dramatik oleh retorik perkauman, konspirasi dan hasutan dicetuskan (bekas Presiden AS) Donald Trump”, kata laporan itu dipetik Middle East Eye.

Di UK pula kelaziman ciapan anti-Muslim dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk jangkauan global kebencian dicetuskan Trump, isu sentimen anti-imigran dan isu perkauman disemarakkan bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Menurut ICV, terdapat sekurang-kurangnya 3,759,180 ciapan Islamofobia di Twitter antara 28 Ogos 2019 dan 27 Ogos 2021. 

Selepas hampir setahun, 85 peratus daripada ciapan penuh kebencian itu masih dalam talian dengan hanya 14.8 peratus akhirnya dikeluarkan, sama ada disembunyikan melalui tetapan privasi atau dikeluarkan pengguna atau dipadamkan pengendali. 

Advertisement

“Apa yang kami dapat simpulkan adalah Twitter secara drastik gagal mengeluarkan kandungan anti-Muslim.

“Ini tidak mengejutkan kerana  mereka (pihak Twitter) tidak menapis siaran secara automatik bagi hantaran berbaur kebencian, sebaliknya hanya bertindak sebaik laporan dibuat,” kata laporan itu.

Laporan itu berkata, secara praktikal, hanya tiga peratus ciapan dipadamkan walaupun isu Islamofobia dibawa kepada perhatian Twitter.

Sumber: Middle East Eye

Author

Advertisement

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending