Connect with us

Terkini

Kes dera : Pelindung Kanak-Kanak perlu ditambah segera – Rina Harun

Jumlah Pelindung Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ditambah dengan segera bagi menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, memandangkan jumlahnya ketika ini tidak mencukupi.

Wartawan TMT

Published

on

Kes dera : Pelindung Kanak-Kanak perlu ditambah segera - Rina Harun
Foto: Datuk Seri Rina Mohd Harun.
  • Ia bagi menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, memandangkan jumlahnya ketika ini tidak mencukupi.
  • Nisbah ketika ini seorang ‘Pelindung’ bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak, sedangkan sasarannya Pelindung bagi 30 hingga 35 kanak-kanak seluruh negara.
  • Peranan Pelindung Kanak-Kanak menyelamatkan dan menjamin kesejahteraan kanak-kanak mangsa dera perlu diperkasa.
  • Pelindung Kanak-kanak berperanan sediakan laporan sosial digunakan mahkamah menentukan penempatan dan individu sesuai jaga kanak-kanak mangsa dera.

KUALA LUMPUR – Jumlah Pelindung Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ditambah dengan segera bagi menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, memandangkan jumlahnya ketika ini tidak mencukupi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, nisbah ketika ini adalah seorang ‘Pelindung’ bagi setiap 50 hingga 100 kanak-kanak, sedangkan sasarannya ialah Pelindung bagi 30 hingga 35 kanak-kanak di seluruh negara.

Beliau berkata, peranan Pelindung Kanak-Kanak ini dalam menyelamatkan dan menjamin kesejahteraan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera perlu diperkasa, memandangkan kes-kes penderaan dan pengabaian kini kelihatan semakin bertambah kompleks.

Menurutnya, Pelindung Kanak-kanak juga berperanan menyediakan laporan sosial untuk digunakan mahkamah dalam menentukan penempatan dan individu yang sesuai untuk menjaga kanak-kanak yang menjadi mangsa dera.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dua kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera ibu saudara dan bapa saudara mereka di Hospital Ampang dekat sini pada Ahad.

Dua kanak-kanak yang berusia lapan dan enam tahun itu dilaporkan telah diselamatkan pihak Bomba apabila salah seorang daripada mereka cuba untuk terjun dari sebuah kondominum empat tingkat dalam usaha melarikan diri.

Rina berkata, keadaan kedua-dua kanak-kanak itu kini semakin bertambah baik dan mereka kelihatan lebih ceria.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang membuat aduan mengenai cubaan kanak-kanak itu untuk terjun dari kondominium itu yang mengakibatkan kes penderaan itu terbongkar.

Katanya, keprihatinan dalam komuniti terhadap kesejahteraan masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh pengadu itu perlu dicontohi oleh semua dalam usaha menangani kes-kes sedemikian.

“Ini adalah peranan semua lapisan masyarakat untuk mengambil berat antara satu sama lain sebagai satu Keluarga Malaysia,” katanya. 

 Sumber : Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Berhikmahkah baca ayat al-Quran di hadapan tempat ibadat agama lain?

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Dalam video berkenaan, lelaki itu membaca ayat khusus yang berkaitan teguran Nabi Ibrahim kepada kaumnya yang menyembah berhala dalam Surah al-Anbiyaa’ 21:66-67

Nabi Ibrahim AS berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’” 

Tidak dinafikan apa yang dimaksudkan ayat ini adalah benar dan merupakan fakta dalam ajaran Islam. 

Malah, tiada masalah sekalipun jikalau seseorang Muslim ingin membaca al-Qur’an kerana sememangnya ia perkara yang digalakkan dan diimani setiap Muslim.  

Penulis percaya barangkali niat pempengaruh itu adalah untuk menyampaikan mesej Tawhid dengan membaca petikan ayat al-Qur’an yang khusus menceritakan tentang sindiran Nabi Ibrahim AS kepada pengamal berhala. 

Meskipun niat tersebut mungkin baik, tindakan membaca al-Qur’an di rumah ibadat agama lain adalah tidak sesuai apatah lagi di hadapan patung berhala yang dianggap Tuhan oleh penganut agama terbabit. 

Lebih-lebih lagi, jika tindakan ini bertujuan untuk, konten dan meraih views di media sosial, ia menambahkan lagi ketidak sensitiviti terhadap keagamaan. Tanpa mengetahui realiti setempat, jelas ini bukan dakwah, ini adalah tindakan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.  

Berdakwah biarlah berhikmah 

Setiap daripada kita pasti memiliki pendekatan berdakwah yang pelbagai dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam.  

Namun, setiap pendekatan itu juga perlu digariskan mengikut saranan Allah yang menyuruh umat Islam supaya berdakwah secara berhikmah atau bijaksana. 

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahl 16:125).

Hikmah dalam konteks ayat ini adalah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya dengan panduan akal. 

Sebagaimana  yang dinyatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (7/205), “Makna yang paling benar dari Al-Hikmah adalah bahwa Al-Hikmah adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya.” 

Sa’id Hawwa pula mengatakan, al-hikmah itu ialah maqalah (pendapat atau perkataan) yang sahih dan jitu, iaitu dalil yang menerangkan kebenaran yang menghilangkan syubhat (kesamaran), atau khitab (ucapan, perkataan atau perbicaraan) yang munasabah kepada setiap golongan manusia berdasarkan kedudukan mereka.

Sebagai contoh, sesuaikah sekiranya kita berdakwah kepada orang bukan Muslim yang asing dan baru pertama kali berjumpa dengan membaca petikan ayat al-Qur’an seperti: 

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.” (Surah An-Nisa’ 4:56)  

Sememangnya petikan ayat al-Qur’an ini adalah dalil yang sahih. Namun mari kita fikirkan secara logik, adakah bukan Muslim terbabit akan semakin mendekati Islam atau sebaliknya, menjauhi Islam? 

Dan bolehkah pendekatan dakwah sebegini kita katakan sebagai dakwah secara bijaksana yang meletakkannya di tempat yang sepatutnya? 

Sedangkan, kita perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan audiens mengikut konteks sosial dan realiti setempat. Bukan main terjah berdakwah tanpa mengambil tahu latar belakang kepercayaan setempat. 

Dalam usaha berdakwah, amat penting untuk kita sentiasa mempertimbangkan sensitiviti agama lain dan menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka. 

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah Al-An’am 6:108) 

Tetapi, apakah menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka bermaksud Muslim menerima kepercayaan mereka? Sudah tentu tidak. Sebabnya jelas, akidah yang berbeza dan prinsip Islam juga jelas iaitu ‘bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku’. 

Pendekatan dakwah yang bijaksana dan penuh hikmah adalah pendekatan yang bukan sahaja mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih efektif, tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan kewujudan bersama secara aman dengan penganut agama lain.

Kita harus sentiasa berhati-hati dan bijak dalam memilih cara berdakwah agar mesej yang disampaikan tidak menimbulkan salah faham mahupun ketegangan. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending