Connect with us

Ekonomi

“Kerajaan tidak mahu kenakan cukai pada orang kaya” – Pakar Ekonomi

Pelaksanaan sistem percukaian di Malaysia disifatkan sebagai berat sebelah dan hanya memihak kepada golongan kaya.

Wartawan TMT

Published

on

“Kerajaan tidak mahu kenakan cukai pada orang kaya” - Pakar Ekonomi
Foto: Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.
  • Pelaksanaan sistem percukaian di Malaysia disifatkan sebagai berat sebelah dan hanya memihak kepada golongan kaya.
  • “Banyak cukai sebelum ini seperti cukai harta dan cukai pendapatan telah dikurangkan kadarnya kononnya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.” – Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.

SHAH ALAM – Pelaksanaan sistem percukaian di Malaysia disifatkan sebagai berat sebelah dan hanya memihak kepada golongan kaya.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pakar Ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, kerajaan dilihat tidak mahu mengenakan cukai terhadap individu yang berpendapatan tinggi.

“Sebaliknya kita mendapati sumber cukai lain terutama yang melibatkan pengguna, iaitu barangan yang dibeli untuk isi rumah secara harian telah meningkat secara relatif.

“Banyak cukai sebelum ini seperti cukai harta dan cukai pendapatan telah dikurangkan kadarnya kononnya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ini masalah besar yang dihadapi dari dulu lagi dan situasi ini banyak dipengaruhi oleh beberapa trend di barat terutama United Kingdom (UK), misalnya ketika pemerintahan Margaret Thatcher, Ronald Reagan dan baru-baru ini, Donald Trump yang mana mereka mengurangkan cukai terhadap golongan berada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-365 yang bertajuk “Bajet 2023: Tawaran untuk PRU15” yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Penganalisis Dasar Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Tambah Jomo Kwame, kerajaan juga sebelum ini menolak kemungkinan mengenakan cukai durian runtuh atau ‘windfall tax’ sewaktu ia dicadangkan.

 “Baru-baru ini ada peluang untuk mengenakan cukai durian runtuh terhadap keuntungan lumayan yang diperoleh oleh pemain industri tetapi itu juga ditolak oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending