Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu peruntukkan RM5 bilion, beli semula tanah rezab Melayu – PEMBELA

Peruntukan sehingga RM5 bilion setahun wajar disediakan kerajaan untuk tujuan pembelian semula tanah-tanah rezab Melayu.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu peruntukkan 5 bilion, beli semula tanah rezab Melayu - PEMBELA
Foto: Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya.
  • Ia bagi menambahkan peratusan tanah rezab Melayu yang semakin berkurangan.
  • Daripada 50 peratus tanah rezab Melayu, kini tinggal 12 peratus sahaja sejak Merdeka.
  • “Terutama di tempat-tempat strategik seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang, Jalan Ampang, ini semua asalnya tanah-tanah rezab Melayu. Jadi kita beli semula.”
  • “Ia bukan perkara tidak mampu dilakukan. Kita ada macam-macam agensi yang diberikan peruntukan. Jadi bukan satu bajet besar untuk berikan sekitar RM1 hingga RM5 bilion untuk kerajaan beli balik dan jadikan sebagai tanah rezab Melayu,” – Pembela.

KUALA LUMPUR – Peruntukan sehingga RM5 bilion setahun wajar disediakan kerajaan untuk tujuan pembelian semula tanah-tanah rezab Melayu.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, langkah itu bagi menambahkan peratusan tanah rezab Melayu yang semakin berkurangan.

Menurutnya, daripada 50 peratus tanah rezab Melayu, kini dikatakan hanya tinggal 12 peratus sahaja sejak Merdeka.

“Jadi saya mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan sewajarnya mungkin RM1 bilion hingga RM5 bilion setahun untuk membeli balik tanah-tanah rezab Melayu yang dikata mahu diganti tapi tidak diganti.

“Terutama di tempat-tempat strategik seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang, Jalan Ampang, ini semua asalnya adalah tanah-tanah rezab Melayu. Jadi kita beli semula.

“Ia bukan perkara yang tidak mampu dilakukan. Kita ada macam-macam agensi yang diberikan peruntukan. Jadi bukan satu bajet yang besar untuk berikan sekitar RM1 hingga RM5 bilion untuk kerajaan beli balik dan jadikan sebagai tanah rezab Melayu,” katanya dalam sidang akhbar bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada Selasa.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi pembangunan sosio budaya Melayu agar tidak luput ditelan zaman.

Katanya, peruntukan tersebut bagi membangunkan dan uar-uarkan kembali tentang kebudayaan, sejarah, peradaban orang Melayu.

“Seperti yang kita tahu apa yang berlaku di Sungai Batu (Lembah Bujang, Kedah) adalah sejarah yang cukup besar tapi kerajaan tak berikan peruntukkan yang secukupnya jadi ini satu kerugian

“Kalau di barat, sejarah mereka, mereka berikan begitu banyak peruntukan tapi di negara kita tak berikan yang sewajarnya, jadi akhirnya kita tidak tahu sejarah kita,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menghapuskan semua pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai inisiatif membantu mengurangkan beban golongan pelajar Bumiputera yang tiada pekerjaan.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending