Terkini
Kenyataan Azalina timbulkan polemik, kelihatan janggal dengan kedudukannya
Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soal lantikan Peguam Negara oleh Perdana Menteri menimbulkan polemik yang tidak sihat kerana ia dibuat dalam satu forum berkaitan usaha UMNO mahu menyelamatkan nyawa politik beberapa pemimpinnya.
- Susulan kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soal lantikan Peguam Negara di Majlis UMNO, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata kenyataan itu boleh mencemarkan kerja-kerja baik dilakukan Azalina.
- Kenyataan dibuat menimbulkan ketidakserasian, percanggahan dan kejanggalan yang dinyatakan dengan kedudukannya sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri.
- Sekiranya ada perubahan terhadap jawatan Peguam Negara ketika kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam masih berjalan, ia akan membawa kepada percubaan untuk mengganggu proses institusi kehakiman.
SHAH ALAM – Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soal lantikan Peguam Negara oleh Perdana Menteri menimbulkan polemik yang tidak sihat kerana ia dibuat dalam satu forum berkaitan usaha UMNO mahu menyelamatkan nyawa politik beberapa pemimpinnya.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, kenyataan dibuat Azalina itu juga menimbulkan ketidakserasian, percanggahan dan kejanggalan yang dinyatakan dengan kedudukannya sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri.
“Saya anggap kenyataan itu mungkin kurang cocok dengan 95 peratus kerja-kerja yang dilakukan oleh Datuk Seri Azalina.
“Bagi sesetengah orang mungkin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka melihat itu seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Akibat daripada satu kenyataan itu, maka tercemar banyak daripada kerja-kerja baik yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Azalina,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.
Pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini, Azalina dilaporkan berkata, Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ bagi memudahkan segala urusan.
Tambah Fahmi, sekiranya berlaku apa-apa perubahan terhadap jawatan Peguam Negara terutamanya pada ketika kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam masih berjalan ketika ini, ia akan membawa satu petanda ada percubaan untuk mengganggu proses institusi kehakiman.
“Itu bukan satu petanda yang baik. Sekarang bukan masanya,” ujar beliau.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan perbincangan 52 kerusi yang ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum penghujung September ini.
Katanya, gabungan itu telah memulakan perbincangan 52 kerusi berkenaan tetapi ia masih lagi belum muktamad.
“Jangkaan saya mungkin sebelum penghujung bulan September akan selesai mengikut negeri.
“(Selain itu) bagi PH, kita juga mesti bincang (kerusi) Sabah dan Sarawak. Sekiranya kita selesai (perbincangan) hujung bulan September, mungkin ada pengumuman pada waktu itu,” katanya.
Pada PRU14 lalu, Bersatu ketika di bawah PH bertanding sebanyak 52 kerusi, selain PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27).
Pada 23 Februari 2020, Bersatu mengumumkan bahawa parti itu keluar daripada PH.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15, Fahmi menegaskan sukar baginya untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah mengkhianati mereka sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord