Connect with us

Antarabangsa

India kalah dengan Pakistan, Arshdeep Singh jadi sasaran kecaman pelampau Hindu

Pemain kriket India, Arshdeep Singh dihujani kecaman netizen di Twitter yang berbaur kebencian dan perkauman susulan kekalahan India dalam pertandingan kriket menentang Pakistan pada Ahad lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

India kalah dengan Pakistan, Arshdeep Singh jadi sasaran kecaman pelampau Hindu
Foto: Pemain kriket India, Arshdeep Singh dihujani kecaman netizen di Twitter.
  • Pemain kriket India, Arshdeep Singh, 23, menerima kecaman hebat di Twitter susulan kekalahan India dalam pertandingan kriket menentang Pakistan, Ahad lalu.
  • Kecaman berbaur kebencian dan perkauman itu turut menggelarkanya ‘Khalistani’ yang merujuk kepada gerakan pemisah Sikh di wilayah utara India, Punjab.
  • Arshdeep merupakan pemain kriket baharu yang menjadi sasaran kepada kempen kebencian dan kritikan kejam susulan kekalahan kepada Pakistan.
  • Sejak lapan tahun Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi berkuasa, fahaman ‘majoritarian Hindu’ membelenggu India menyaksikan golongan minoriti bukan Hindu terpinggir.

INDIA – Pemain kriket India, Arshdeep Singh dihujani kecaman netizen di Twitter yang berbaur kebencian dan perkauman susulan kekalahan India dalam pertandingan kriket menentang Pakistan pada Ahad lalu. 

Rata-rata warga maya menyerang pemain kriket yang beragama Sikh itu menyalahkan pemain itu, sekali gus menggelarnya ‘Khalistani’ yang merujuk kepada gerakan pemisah Sikh yang menuntut wilayah utara India, Punjab dimerdekakan. 

Arshdeep, 23, merupakan pemain kriket baharu yang menjadi sasaran kepada kempen kebencian dan kritikan kejam susulan kekalahan pasukan kriket India kepada Pakistan.

Insiden demikian bukanlah kali pertama berlaku di India di mana kumpulan pelampau menyasarkan pemain bukan Hindu.

Oktober tahun lalu menyaksikan seorang lagi pemain kriket, Mohammed Shami, jadi sasaran kecaman perkauman selepas pasukan India kalah.

Ciapan dari Twitter

Sejak lapan tahun Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi berkuasa, fahaman ‘majoritarian Hindu’ membelenggu India menyaksikan golongan minoriti bukan Hindu terpinggir. 

Hukuman mati secara terbuka terhadap orang Islam menjadi perkara biasa di India dan banyak undang-undang serta tindakan dilaksanakan meletakkan kehidupan kelompok minoriti dalam bahaya. 

Minoriti lain seperti Kristian juga menjadi sasaran di mana sekolah dan gereja mereka diserang ekoran dakwaan kumpulan berhaluan kanan Hindu.

Kaum Sikh juga semakin kerap diserang susulan sekatan selama setahun ke atas kesatuan petani pada 2021 di New Delhi.

Turut menjadi sasaran semasa perlawanan kriket bersama Pakistan ialah orang Islam, terutamanya pelajar yang diserang setiap kali India kalah kepada jirannya yang merupakan negara muslim.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending