Connect with us

Terkini

Dipukul, dipijak dan hampir ditetak, lelaki disyaki dera anak tiri ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Dipukul, dipijak dan hampir ditetak, lelaki disyaki dera anak tiri ditahan polis
  • Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu.
  • Lelaki itu ditahan pada hari sama laporan itu dibuat mangsa. 
  • “Polis masih menyiasat kes ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis,”- Polis.
  • Sebelum ini dilaporkan,  satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka. 
  • Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki di Parit Buntar, Perak bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak tirinya di rumahnya pada bulan Ogos lalu. 

Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat berkata, lelaki itu ditahan pada hari sama laporan itu dibuat mangsa. 

“Polis masih menyiasat kes ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Sebelum ini dilaporkan, satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka. 

Pemilik akaun itu mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Dahlia mendakwa bahawa ayah tirinya telah mencekik serta menampar pipinya sebelum ditolak ke lantai dan menghentak kepala gadis itu 

Difahamkan, mangsa ingin bertemu dengan ibu kandungnya pada masa kejadian, namun tidak lama selepas itu berlakunya pertengkaran mulut dengan ibunya.

Dahlia mendakwa semasa dia menerima rawatan di Hospital Taiping, hasil pemeriksaan mendapati bahagian mata sebelah kiri dia kurang jelas, pipi, bahagian belakang badan, kaki kanan dan kiri bengkak.

Pada masa sama, pemilik akaun tersebut turut berkongsi rakaman audio semasa membuat laporan di balai polis susulan kejadian tersebut difahamkan berlaku pada 17 Ogos 2022 lalu.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending