Connect with us

Ekonomi

DEB hanya berjaya perkasa Melayu menerusi pelajaran bukan pencapaian ekonomi – Tun Mahathir

Orang Melayu tidak perlu rasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu kerana dasar itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran.

Wartawan TMT

Published

on

DEB hanya berjaya perkasa Melayu menerusi pelajaran bukan pencapaian ekonomi - Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak perlu berasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
  • DEB yang dilancarkan kerajaan pada tahun 1970 itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran manakala dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang.
  • Dalam agihan biasiswa umpamanya, dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.
  • Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri.
  • “Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu,” – Tun Mahathir.

SHAH ALAM – Orang Melayu tidak perlu rasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu kerana dasar itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ramai ahli profesional Melayu ketika ini, ia disebabkan mereka mendapat biasiswa atau pinjaman.

Menurutnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa DEB yang dilancarkan kerajaan pada tahun 1970 itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran manakala dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang.

“Terdapat ramai penuntut Melayu yang merasai serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan DEB terhadap bukan Melayu. Dalam agihan biasiswa umpamanya, dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.

“Benarkah DEB tidak adil kepada bukan Melayu? Untuk menentukan DEB adil atau tidak, kita perlu rujuk kepada sejarah singkat negara.

“Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Khamis.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menambah, hanya dalam universiti tempatan milik kerajaan sahaja, penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu.

Jelasnya, hampir semua daripada mereka dapat melanjutkan pengajian ke universiti kerana diberi biasiswa, jika tidak, jumlah mereka amat berkurangan.

“Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi.

“Ada sebilangan sedikit sahaja Melayu mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti.

“Penuntut Melayu tidak perlu serba salah kerana ramainya penuntut Melayu dapat biasiswa. Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu,” ujar beliau.

Author

Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending