Connect with us

Ekonomi

Bajet 2023 : Perlu ada peruntukan tangani isu ‘beban guru berlebihan’ – NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memperuntukkan bajet bagi meningkatkan kelancaran operasi buat guru agar dapat mengurangi isu beban guru yang berlebihan. 

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023 : Perlu ada peruntukan tangani isu ‘beban guru berlebihan’ - NUTP
  • Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memperuntukkan bajet bagi menangani isu beban guru berlebihan. 
  • Kerja-kerja guru yang ‘redundant’ dengan tugas jabatan-jabatan berkaitan telah membuatkan guru terpaksa mengerjakan tugas yang berlebihan. 
  • Tingkatkan peralatan dan hal berkaitan kelancaran peroperasian guru juga perlu diberi keutamaan agar dapat melicinkan tugas guru dengan lebih cekap dan mudah – Presiden NUTP.

KUALA LUMPUR –  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memperuntukkan bajet bagi meningkatkan kelancaran operasi buat guru agar dapat mengurangi isu beban guru yang berlebihan. 

Presidennya, Aminuddin Awang berkata beban guru bukan perkara baharu namun sebelum ini pihak kementerian juga telah mengeluarkan banyak kenyataan bahawa isu beban tugas guru akan diberi keutamaan bagi mencari jalan penyelesaiannya. 

“Kita harap guru tidak lagi membuat kerja-kerja ‘redundant’ atau kerja yang berulang contohnya di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) meminta guru membuat beberapa kerja yang berkaitan pelajar, bahagian lain seperti kementerian pula arahkan guru membuat pengisian data, tiba-tiba  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula meminta guru mengubah suai maklumat, dan hal-hal seperti ini menyebabkan guru mempunyai kerja yang ‘redundant’.

“Dalam konteks ini kita dapati kerajaan juga perlu meningkatkan hal hal berkaitan kelancaran peroperasian dan peralatan contohnya mereka perlu tingkatkan tahap kelajuan internet kerana capaian internet penting bagi memudahkan guru membuat urusan,” katanya kepada The Merdeka Times. 

Dalam pada itu, Aminuddin juga mengulas berkenaan tugas ‘pengkeranian’ yang sering menjadi beban terhadap tugas guru. 

“Sebab itu dulu kita ada cadangan untuk mewujudkan ‘pembantu guru’ tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana mungkin kosnya yang besar, kerana sekarang ini kita tahu tidak ada pengambilan untuk jawatan-jawatan baru, kita minta kemasukan warden asrama juga kerajaan tidak mampu laksanakan apatah lagi ‘pembantu guru’.

“Namun sekiranya ada ‘pembantu guru’, maka kerja-kerja pengurusan dan pengkeranian dapat diserahkan kepada mereka dan isu beban guru berlebihan ini dapat dikurangkan,” katanya. 

Beliau berkata, beban itu termasuk dalam skop profesion guru, namun hal-hal lain dan kerja yang bukan tugas guru sebenar menyebabkan isu beban tugas guru ini berlarutan. 

“Dalam bajet nanti peruntukan perlu ada, kerajaan perlu memastikan peruntukan sedemikian dapat dilaksanakan agar dapat melicinkan pengoperasian bagi mengurangi isu beban guru berlebihan ini,” katanya. 

Terdahulu, isu beban guru berlebihan merupakan isu yang masih tidak mempunyai jalan penyelesaian kerana tiada tindakan yang dibuat setakat ini dari pihak berwajib.

Untuk rekod, seramai 10,000 orang guru didakwa bersara lebih awal, dan ‘stres’ dikatakan antara salah satu faktor yang menyebabkan guru-guru itu memilih untuk bersara susulan tekanan dari kerja yang berlebihan. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending