Terkini
[VIDEO] Lelaki dakwa ambulans lambat 2 jam punca mangsa maut
Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbangsa India memarahi petugas ambulans yang didakwa lambat tiba ke lokasi kemalangan sehingga menyebabkan kematian mangsa.

KUALA LUMPUR – Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbangsa India memarahi petugas ambulans yang didakwa lambat tiba ke lokasi kemalangan sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandu kenalannya, wanita berusia 23 tahun, terbabas lalu melanggar tiang batu.
Akibat dari kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, manakala penumpang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun dakwaan itu, berjaya disangkal oleh seorang saksi lain yang telah menunjukkan bukti rakaman dashcam sebuah kereta bahawa ambulans tersebut tiba di lokasi pada jam 6.19 pagi manakala kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 5.50 pagi di Jalan Pudu.
View this post on Instagram
