Connect with us

Terkini

Usah ‘pilih bulu’ laksana undang-undang kebebasan bersuara – Pengerusi Bersih 2.0

Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang melakukan ancaman dan provokasi terhadap mereka ada kaitan dengan badan kehakiman negara.

Wartawan TMT

Published

on

Usah ‘pilih bulu’ laksana undang-undang kebebasan bersuara - Pengerusi Bersih 2.0
Foto: Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann.
  • Tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada pihak yang membuat ancaman dan provokasi terhadap badan kehakiman.
  • Tindakan undang-undang perlu dikenakan tanpa memilih bulu atau status kerana akan mempengaruhi proses mahkamah.
  • Terdahulu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menerima ugutan dan ancaman menerusi laman sosial yang dilemparkan kepadanya. 
  • Menurut Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann akta sedia ada berkaitan ugutan dan ancaman tidak perlu dipinda namun perlu diperhebatkan penguatkuasaanya.

SHAH ALAM – Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang melakukan ancaman dan provokasi terhadap mereka ada kaitan dengan badan kehakiman negara.

Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, ia kerana kebebasan bersuara diamalkan di negara ini tidak menghalalkan sebarang bentuk serangan peribadi.

“Tindakan undang-undang perlu diperhebatkan tanpa memilih bulu. Kita tidak mahu jika berlaku perkara seumpama itu melibatkan orang biasa tindakan yang diambil lambat tetapi keadaan sebaliknya jika seseorang tersebut mempunyai pengaruh.

“Jika kita melemahkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman, mereka tidak akan lagi mendapatkan keadilan menerusi mahkamah serta akan menyalurkannya dengan cara tersendiri.

“Jika itu berlaku, ia akan membawa kepada kerosakan undang-undang dan ketenteraman secara menyeluruh,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa terdapat beberapa hantaran menerusi laman sosial berbaur ugutan serta ancaman dilemparkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ditanya adakah perlu pindaan dilakukan terhadap undang-undang bagi kesalahan berkaitan ancaman dan ugutan agar hukuman dikenakan lebih berat, Thomas berpendapat, akta sedia ada sudah mencukupi tetapi penguatkuasaan perlu diperhebatkan.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending