Antarabangsa
Transgender dibuang dari kem pasukan sorak selepas ‘naik minyak’ cekik rakan sepasukan
Seorang ahli pasukan sorak transgender dibuang dari kem sorak kolej Texas selepas didakwa menyerang rakan sepasukan yang memanggilnya “wanita berloceng”.

- Ahli pasukan sorak transgender telah dibuang dari kem sorak kolej selepas menyerang rakan yang mengejeknya “wanita berloceng”.
- Tindakan memberhentikannya dibuat atas tuduhan mencekik rakan sepasukannya.
- Mangsa dan beberapa rakan berkurung di dalam bilik persalinan untuk perlindungan.
- “Dia ada hormon testosteron dan alat sulit lelaki. Saya akan bunuh sesiapa sahaja yang mengapa-apakan anak perempuan saya,” kata bapa mangsa.
TEXAS – Seorang ahli pasukan sorak transgender dibuang dari kem sorak kolej Texas selepas didakwa menyerang rakan sepasukan yang memanggilnya “wanita berloceng”.
Suspek berusia 25 tahun, Averie Chanel Medlock, dibuang dari kem sorak anjuran Kolej Ranger di Texas atas tuduhan mencekik rakan sepasukannya yang berusia 17 tahun yang mengejek Medlock dengan kata-kata transfobik.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Karleigh itu, bersama-sama beberapa rakan sepasukannya berkurung di dalam bilik persalinan sewaktu kejadian di mana Medlock mengamuk setelah diejek mengenai jantinanya.
Pihak polis dan ayah mangsa, Mike Jones, dihubungi untuk ke tempat kejadian.
Berdasarkan video dikongsi Medlock di Facebooknya, dia menidakkan perbuatannya mengasari rakan sepasukannya itu atas dasar “gurauan” serta menyatakan yang dia dalam keadaan yang waras (tidak mabuk).
Medlock turut menjelaskan bahawa pihak Karleigh tidak boleh mendakwanya atas kesalahan mabuk kerana dia di peringkat umur yang dibenarkan mengambil alkohol.
“Dia ada hormon testosteron dan alat sulit lelaki. Saya akan bunuh sesiapa sahaja yang mengapa-apakan anak perempuan saya,” kata bapa mangsa, Mike Jones.
“Apa yang kamu akan lakukan sekiranya mendapat panggilan dari anak perempuan yang terkurung dalam bilik persalinan bagi melindungi diri dari seseorang yang baru lepas mencekik anak kamu sambil mengajaknya berlawan?” kata Mike.
Medlock menganggap keputusan untuk dirinya diberhentikan dari situ sebagai satu tindakan berasaskan dari ‘anggapan’ bapa mangsa semata-mata.
Sumber: Daily Mail UK
