Connect with us

Ekonomi

Segera keluar dari kebankrapan, Akta 360 perlu ditambah baik – menteri

Menambah baik peruntukan Seksyen 33C Akta Insolvensi (Akta 360) berkenaan pelepasan automatik daripada kebankrapan selepas tiga tahun adalah antara cadangan yang dikemukakan Jabatan Insolvensi kepada kerajaan bagi menambah baik undang-undang insolvensi.

Wartawan TMT

Published

on

Segera keluar dari kebankrapan, Akta 360 perlu ditambah baik - menteri
Foto: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sumber Bernama.
  • Jabatan Insolvensi kemukakan cadangan tambah baik peruntukan Seksyen 33C Akta Insolvensi (Akta 360) kepada kerajaan. 
  • Cadangan penambahbaikan Akta 360 itu diusul bagi membantu lebih ramai individu bankrap untuk keluar dari kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.
  • “Fokus utama Jabatan Insolvensi adalah untuk mempercepatkan proses pentadbiran kebankrapan dan membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan dengan segera,” – Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PUTRAJAYA – Menambah baik peruntukan Seksyen 33C Akta Insolvensi (Akta 360) berkenaan pelepasan automatik daripada kebankrapan selepas tiga tahun adalah antara cadangan yang dikemukakan Jabatan Insolvensi kepada kerajaan bagi menambah baik undang-undang insolvensi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan penambahbaikan kepada peruntukan Seksyen 33C Akta 360 itu adalah bagi membantu lebih ramai individu bankrap dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.

Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata Jabatan Insolvensi turut mencadangkan untuk menetapkan had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh pemiutang bagi mempercepatkan proses pelepasan kebankrapan atau pembatalan perintah kebankrapan.

Beliau berkata turut dicadangkan ialah pemansuhan Mesyuarat Pertama Pemiutang.

“Cadangan untuk mesyuarat pemiutang hanya perlu diadakan berdasarkan keperluan dan permintaan pemiutang bagi mengelakkan kelengahan dan perancangan seterusnya dapat dibuat untuk membantu bankrap keluar daripada kebankrapan,” katanya.

Turut dicadangkan adalah penambahan penggunaan baharu berkenaan teknologi komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kebankrapan yang dapat membantu mereka yang bankrap berurusan dengan Jabatan Insolvensi secara dalam talian dan digital serta memudahkan pentadbiran kebankrapan, katanya.

“Fokus utama Jabatan Insolvensi adalah untuk mempercepatkan proses pentadbiran kebankrapan dan membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan dengan segera,” katanya.

Advertisement

Wan Junaidi berkata cadangan berkenaan akan dikaji secara terperinci oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) serta dibincangkan menerusi beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum dimuktamadkan.

Susulan ambang keberhutangan ditingkatkan kepada RM100,000, Wan Junaidi berkata statistik kes kebankrapan yang didaftarkan menunjukkan pola penurunan iaitu 12,051 kes pada 2019, 8,351 kes pada 2020 dan 6,554 kes pada 2021.

Sebanyak 3,604 kes direkodkan setakat bulan Julai 2022.

“Pola penurunan ini disebabkan beberapa faktor termasuk inisiatif kerajaan melalui pemberian moratorium dan bantuan bersasar bank dengan pihak pemberi pinjaman (pemiutang) dan pihak peminjam boleh berbincang bagi membuat penyusunan semula hutang,” katanya.

Sumber: Bernama 

Author

Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Advertisement

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Advertisement

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending