Terkini
“Pekerja muslim berhak dapat pekerjaan tidak bertentangan agama,” – Mantan Menteri Agama
“Saya berkongsi nada yang sama dengan Ashab al-Samahah Mufti Pulau Pinang, Mufti Pahang, dan Mufti Perlis akan keperluan kerajaan mempunyai polisi yang jelas bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja Muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.”
- Beliau sokong gesaan tiga mufti untuk kerajaan punyai polisi jelas melarang syarikat perniagaan atau perkhidmatan babitkan pekerja Muslim dalam penjualan atau perkhidmatan arak.
- Al-Marhum Syeikh ‘Atiyyah Saqr ketika ditanya tentang orang bekerja di sektor penjualan arak beliau menjawab:
- “Dan orang yang memberi minum arak kepada orang lain mendapat dosa yang sama seperti mana yang telah diberitahu oleh nas hadis. Sama ada dia redha dengan perbuatan tersebut dan orang yang redha dengan maksiat maka akan dihukum dengan hukuman yang sama orang yang melakukannya.”
- “Ataupun dia hanya membantu dalam perkara maksiat. Orang yang membantu dalam perkara maksiat maka dia turut serta mendapat dosa disebabkan maksiat tersebut:” (Lihat Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 3/186).
- Kaedah fiqh pula menyebut; “Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”
KUALA LUMPUR – “Saya berkongsi nada yang sama dengan Ashab al-Samahah Mufti Pulau Pinang, Mufti Pahang, dan Mufti Perlis akan keperluan kerajaan mempunyai polisi yang jelas bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja Muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.”
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga mantan menteri agama berkata demikian di Facebooknya berhubung gesaan yang dibuat tiga mufti untuk mengharamkan penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan arak.
Mengulas lanjut, beliau berkata Al-Marhum Syeikh ‘Atiyyah Saqr ketika ditanya tentang orang yang bekerja di sektor yang membantu penjualan arak beliau menjawab:
“Dan orang yang memberi minum arak kepada orang lain mendapat dosa yang sama seperti mana yang telah diberitahu oleh nas hadis.
Sama ada dia redha dengan perbuatan tersebut dan orang yang redha dengan maksiat maka akan dihukum dengan hukuman yang sama orang yang melakukannya.”
“Ataupun dia hanya membantu dalam perkara maksiat. Orang yang membantu dalam perkara maksiat maka dia turut serta mendapat dosa disebabkan maksiat tersebut:” (Lihat Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, 3/186)
Beliau turut menjelaskan bahawa kaedah fiqh menyebut :
كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام
Maksudnya: “Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”
Justeru, tegasnya hak seorang pekerja muslim adalah mendapat pekerjaan yang tidak melibatkan hal-hal larangan dalam agama.
Perkongsian beliau menerusi Facebook itu telah mendapat sebanyak 49 perkongsian hanya dalam tempoh kurang dari sejam yang dimuat naik pada petang ini.
Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times