Connect with us

Antarabangsa

New Zealand usir doktor transgender Malaysia cabul pesakit

Seorang doktor transgender warga Malaysia diusir pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencabul pesakitnya secara seksual.

Wartawan TMT

Published

on

doktor transgender malaysia mencabul dan diusir
Foto: David Kang Huat Lim, Kredit Duncan Brown.
  • David Kang Huat Lim, yang mengakui dirinya bertukar jantina menjadi wanita disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius pada 2014 di sebuah klinik di Hastings.
  • Kesemua empat mangsa, yang dibius menggunakan Midazolam, memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada 2017 bahawa ketika sedar, doktor berkenaan didapati sedang meraba alat sulit mereka.
  • Warga asing di New Zealand berisiko diusir apabila disabitkan kesalahan jenayah, sejurus selesai menjalani hukuman dan tidak lagi dibenarkan memasuki negara itu.

WELLINGTON: Seorang doktor transgender warga Malaysia diusir pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencabul pesakitnya secara seksual.

David Kang Huat Lim, 46, disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius pada 2014 semasa mendapatkan rawatan penyakit ringan yang mereka alami, di sebuah klinik di Hastings.

Kesemua empat mangsa, yang dibius menggunakan Midazolam, memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada 2017 bahawa ketika sedar, doktor berkenaan didapati sedang meraba alat sulit mereka.

David Lim, yang kini mengakui dirinya bertukar jantina menjadi wanita, dikenakan perintah pengusiran di akhir hukuman penjara lima tahun pada 1 Jun lalu dan masih menafikan tuduhan terhadapnya, lapor New Zealand Herald.

David Lim sekarang memperkenalkan dirinya sebagai wanita, namun keputusan Lembaga Parol dan dokumen rasmi terbaru agensi kerajaan masih merujuk kepada nama David Lim berikutan tiada bukti dia menukar nama.

Warga asing di New Zealand berisiko diusir apabila disabitkan kesalahan jenayah, sejurus selesai menjalani hukuman dan tidak lagi dibenarkan memasuki negara itu.

Bagaimanapun, Lembaga Parol berkata David Lim mungkin dibebaskan terlebih dulu kerana tidak dapat diusir serta merta berikutan kesukaran mendapatkan tiket penerbangan akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, terpulang kepada Jabatan Imigresen New Zealand sama ada mahu menahannya sementara menunggu pengusiran dilaksanakan manakala Lembaga Parol memaklumkan mereka memerlukan notis lapan minggu bagi proses pengusiran.

Doktor kelahiran Malaysia itu berpindah ke New Zealand pada 2006 dan sebelum ini, pernah menjalani latihan sebagai doktor di Scotland selain pernah menjadi pendaftar di Hospital Hawke’s Bay di Hastings, New Zealand, selama tiga tahun.

Sejak 2019, dia menolak parol sebanyak empat kali ketika menjalani hukuman di penjara North Island.

Pendaftaran David Lim untuk berkhidmat sebagai doktor di New Zealand dibatalkan dan diarah menjalani hukuman penjara lima tahun pada Ogos 2017 selepas perbicaraan selama 10 hari.

Pada 2018, sebuah tribunal perubatan di New Zealand melarang David Lim daripada terus berkhidmat sebagai doktor perubatan di negara itu dan memerintahkannya membayar kos NZ$4,380 (RM12,219).

Sumber : FBC News/Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending