Connect with us

Terkini

‘Naik teksi jika tak setuju kenaikan tambang e-hailing’ -Timbalan Menteri Pengangkutan

Pengguna e-hailing yang tidak bersetuju dengan kenaikan tambang perkhidmatan berkenaan boleh memilih untuk menaiki pengangkutan awam lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

Wartawan TMT

Published

on

'Naik teksi jika tak setuju kenaikan tambang e-hailing' -Timbalan Menteri Pengangkutan
Foto: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.
  • Isu harga tambang e-haling yang semakin meningkat telah memberi kesan kepada penumpang yang sering menaiki perkhidmatan tersebut.
  • Tambang e-hailing melonjak sehingga 400 peratus pada waktu puncak terutamanya di Lembah Klang, menyebabkan bantahan daripada orang ramai.
  • Kenaikan tambang e-haling berpunca akibat peningkatan mendadak permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan berkenaan selepas sektor ekonomi dan sosial dibuka semula berikutan peralihan kepada fasa endemik Covid-19.

Kuala Lumpur – Pengguna e-hailing yang tidak bersetuju dengan kenaikan tambang perkhidmatan berkenaan boleh memilih untuk menaiki pengangkutan awam lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong.

Menurut Henry konsep operasi e-hailing adalah secara persetujuan antara penumpang dan pembekal perkhidmatan. 

“Penumpang boleh membuat tempahan kepada mana-mana pembekal perkhidmatan e-hailing dan boleh bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk dengan kadar tambang yang dikenakan.

“Sekiranya penumpang tidak bersetuju dengan perkhidmatan yang disediakan, penumpang boleh menggunakan mod pengangkutan yang lain seperti teksi,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Soalan telah diajukan daripada Senator Lim Pay Hen kepada Henry mengenai apakah tindakan yang akan diambil kementerian terhadap penyedia perkhidmatan e-hailing yang mengenakan tambang terlalu tinggi kepada pengguna. 

Henry berkata kenaikan tambang e-haling berpunca akibat peningkatan mendadak permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan berkenaan selepas sektor ekonomi dan sosial dibuka semula berikutan peralihan kepada fasa endemik Covid-19.

Menurut Henry tempoh pandemik juga menyebabkan kebanyakkan pemandu e-hailing tidak dapat meneruskan perkhidmatan mereka disebabkan jumlah pemandu yang aktif berkurangan di pasaran untuk mengisi permintaan penumpang. 

Lim juga turut mengajukan soalan apakah yang akan dilakukan kerajaan untuk memastikan lebih banyak persaingan dalam sektor tersebut, namun soalan itu tidak dijawab oleh Henry.

Henry juga sekali lagi mengelak apabila ditanya Senator Dominic Lau, yang ingin tahu apakah yang akan dilakukan untuk menghadapi “soft monopoli” dalam industri berkenaan, memandangkan ia hampir dikawal sepenuhnya oleh satu pembekal.

Sebaliknya, Henry mengatakan pemandu e-hailing memiliki perlindungan insurans dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Timbalan menteri itu menjawab persoalan yang diasak oleh Lau yang mengatakan Kementerian Pengangkutan akan meneliti perkara itu dan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan 

Sebanyak 400 peratus tambang e-hailing telah melonjak naik pada waktu puncak terutamanya di Lembah Klang sehingga menyebabkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada orang ramai. 

Menurut laporan Malaysiakini Kementerian Pengangkutan berjanji memantau perkhidmatan itu dari semasa ke semasa dan menganalisis cadangan termasuk mekanisme kawal selia kadar tambang pada Mei lalu.

Negara Malaysia mempunyai lebih 10 penyedia perkhidmatan e-hailing namun sebahagian besar pasaran masih dikawal oleh Grab.

Pada masa itu, kementerian berkata kesesakan lalu lintas di bandar-bandar, berikutan pembukaan semula ekonomi, juga menjadi faktor kenaikan harga tambang.

Selain kesesakan lalu lintas yang semakin buruk dan lonjakan tambang e-hailing, terdapat laporan mengenai kesesakan dalam koc dan platform pengangkutan rel, menambahkan lagi kesulitan penumpang di Lembah Klang.

‘E-laung ganti e-hailing’

Sementara itu, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim mencadangkan kementerian pengangkutan mencari istilah bahasa Malaysia untuk e-hailing dan bukannya menggunakan istilah bahasa Inggeris.

Beliau mencadangkan istilah “e-laungan” bagi menggantikan perkataan Bahasa Inggeris, dan meminta kementerian bagi menyemak sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mempunyai istilah dalam bahasa kebangsaan yang sesuai digunakan. 

Bagaimanapun Rais juga menegur penggunaan istilah Bahasa Inggeris “soft monopoly” oleh Lau dan bertanya apakah yang membezakan antara lembut dengan keras (hard monopoly).

Sumber: Malaysiakini 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending