Connect with us

Antarabangsa

Muslim bantu jiran Hindu tampung kos rawatan anak

Seorang lelaki Hindu terpaksa menjual semua tanahnya untuk menampung bayaran rawatan anak-anaknya, namun terharu apabila menerima bantuan jirannya yang beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muslim bantu jiran Hindu tampung kos rawatan anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sanwarmal Sharma, dari Churu, terpaksa menjual semua hartanya untuk rawatan anak-anaknya.
  • Apabila jiran Sharma yang beragama Islam mendapat tahu tentang perjuangan keluarga itu, mereka tampil membantu.
  • Ishaq Khan dan keluarganya menawarkan tanah seluas 300 meter persegi dan mengutip Rs 80,000 untuk keluarga lelaki Hindu itu.

INDIA – Seorang lelaki Hindu terpaksa menjual semua tanahnya untuk menampung bayaran rawatan anak-anaknya, namun terharu apabila menerima bantuan jirannya yang beragama Islam.

Sanwarmal Sharma, dari Churu, mempunyai tiga anak Orang Kurang Upaya (OKU) mental  iaitu Vijay, 18, Puja, 17 dan Arati, 14. 

Walaupun tiada peningkatan baik terhadap tahap kesihatan dan keadaan anak-anak mereka, lelaki Hindu itu terpaksa menjual semua hartanya bagi mendapatkan rawatan mereka. 

Sharma dan isterinya Sarala tidak boleh meninggalkan anak-anak bersendirian kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka.

Apabila jiran Sharma yang beragama Islam mendapat tahu tentang perjuangan keluarga itu, mereka tampil membantu.

Ishaq Khan dan keluarganya menawarkan tanah seluas 300 meter persegi dan mengutip Rs 80,000 untuk keluarga Sharma, demikian lapor News 18.

Anak lelaki Khan, Latif, menawarkan sebahagian daripada dua tanah besarnya yang berdekatan dengan tanah warisan Sufi Saheb Dargah secara percuma dan tanah itu telah didaftarkan atas nama keluarga Sharma.

Mereka juga sedang membina sebuah bilik di atas tanah di mana keluarga Sharma akan menetap.

Rakan Latif, Islam dan penduduk lain di kawasan itu mengutip Rs 80,000 untuk keluarga Sharma bagi pembinaan bilik itu.

Sementara bilik itu siap, Islam telah menyewa sebuah lagi bilik untuk keluarga itu buat sementara waktu.

Sumber: Times Now News

Author