Connect with us

Ekonomi

Minyak masak: Peruncit akan rugi besar dengan harga siling baharu, kata bos Mydin

Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak dalam botol 5kg.

Wartawan TMT

Published

on

bos mydin harga minyak
Foto: Ameer Ali Mydin.
  • Kerajaan semalam mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg akan dihadkan kepada RM34.70 mulai 8 Ogos ini.
  • “Bagus mereka beri kami notis seminggu, tetapi hakikatnya kami tidak akan dapat habiskan stok dalam masa seminggu. Ramai yang akan menangguhkan keputusan membeli minyak masak sehingga minggu depan.
  • “Jika kami terpaksa jual setiap botol pada harga RM4 kurang daripada harga kami beli, maka kami akan rugi besar. Siapa yang akan tanggung kerugian itu?”
  • Beliau mencadangkan kerajaan mengarahkan pengilang memberi nota kredit kepada peruncit untuk stok tidak terjual yang mereka beli sebelum harga siling baharu diumumkan.

PETALING JAYA: Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak dalam botol 5kg.

Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar, contohnya, tidak akan dapat menjual stok sedia ada sebelum harga siling baharu RM34.70 bermula 8 Ogos ini.

“Bagi barangan yang mempunyai jangka hayat simpan lebih lama, seperti minyak masak atau sos, kami mempunyai simpan stok kira-kira sebulan di gudang dan kedai kami,” kata pengarah urusan Mydin itu kepada FMT.

“Bukan seperti ayam atau tomato yang bekalannya kita dapatkan setiap hari.”

Katanya, beliau difahamkan kerajaan mahu mengawal harga minyak masak memandangkan pengeluar tidak menurunkan harga dan rakyat terjejas.

“Bagus mereka beri kami notis seminggu, tetapi hakikatnya kami tidak akan dapat habiskan stok dalam masa seminggu. Ramai yang akan menangguhkan keputusan membeli minyak masak sehingga minggu depan.

“(Mydin) beli stok minyak masak kami pada harga RM38 sebotol dan kami jual pada harga RM39.90. Stok minyak masak kami sekarang bernilai RM3 juta.

“Jika kami terpaksa jual setiap botol pada harga RM4 kurang daripada harga kami beli, maka kami akan rugi besar. Siapa yang akan tanggung kerugian itu?” katanya sambil menambah walaupun stok berbaki 80,000 botol sebelum 8 Ogos, ia bermakna kerugian mencecah RM320,000.

Ameer berkata, walaupun selepas kerajaan menarik balik kawalan harga, peruncit tidak boleh menaikkan harga semalaman kerana mereka membeli stok pada harga lebih murah.

“Jika kami menaikkan harga semalaman, kami akan melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan mekanisme kawalan harga bahan makanan segar untuk minyak masak.

“Kebimbangan saya, peruncit akan berhenti simpan stok barangan jika masalah ini tidak diselesaikan kerana bimbang rugi. (Langkah) ini boleh menyebabkan kekurangan.”

Beliau mencadangkan kerajaan mengarahkan pengilang memberi nota kredit kepada peruncit untuk stok tidak terjual yang mereka beli sebelum harga siling baharu diumumkan.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg dihadkan kepada RM34.70 mulai 8 Ogos ini.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, harga itu akan ditetapkan secara bulanan dan dikira berdasarkan harga minyak sawit mentah pada bulan sebelumnya.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending