Connect with us

Terkini

Mesyuarat tergempar UMNO bincang masa depan parti

Pertemuan segera dan mustahak. Itu mesej dipercayai dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan kepada ahli parti itu pada jam 11 malam Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Mesyuarat tergempar UMNO bincang masa depan parti
  • “Pertemuan segera dan mustahak.” – Datuk Ahmad Maslan
  • Mesej itu dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan kepada ahli parti itu pada jam 11 malam Ahad.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO bermula jam 11 pagi tadi.
  • Menurut mesej berkenaan, pertemuan khas itu berkenaan masa depan parti.
  • Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.

SHAH ALAM – Pertemuan segera dan mustahak.

Itu mesej dipercayai dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan kepada ahli parti itu pada jam 11 malam Ahad.

Justeru, Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur sekali lagi bakal menjadi perhatian dan difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO bermula jam 11 pagi tadi.

Menurut mesej berkenaan, pertemuan khas itu berkenaan masa depan parti.

“Datuk Seri Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan,” menurut mesej tersebut.

Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.

Media difahamkan mesyuarat berlangsung kira-kira jam 11 pagi dan selepas itu tidak pasti sama ada akan diadakan sidang media atau tidak.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending