Connect with us

Ekonomi

Malaysia tidak lagi alami krisis – Gabenor Bank Negara

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Wartawan TMT

Published

on

ekonomi malaysia Gabenor Bank Negara
Foto: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
  • “Amat jelas kita tidak lagi mengalami krisis. Pertumbuhan terus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dalam keadaan pasaran buruh yang lebih baik, pemulihan kegiatan pelancongan serta aktiviti dan prospek pelaburan yang lebih baik,” – Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
  • Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik.
  • Beliau mengulangi bahawa bank pusat komited untuk melaraskan dasar monetari secara beransur-ansur memandangkan negara berada pada laluan pemulihan.

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Bank pusat telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas semasa mesyuaratnya pada Mei dan Julai.

“Momentum dari segi pembayaran balik pinjaman tidak terjejas,” kata beliau merujuk kepada kenaikan OPR semasa sidang media bersama Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2022 di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Beliau berkata OPR kali pertama dinaikkan pada Mei 2022 kerana langkah yang dianggap sebagai sokongan besar yang diperlukan semasa pandemik sudah tidak lagi wajar.

“Ini kekal tidak berubah apabila ekonomi terus berada di landasan pemulihan dengan pertumbuhan 6.9 peratus pada separuh pertama 2022.

“Amat jelas kita tidak lagi mengalami krisis. Pertumbuhan terus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dalam keadaan pasaran buruh yang lebih baik, pemulihan kegiatan pelancongan serta aktiviti dan prospek pelaburan yang lebih baik,” kata beliau.

Nor Shamsiah berkata pelarasan OPR pada Julai juga akan menguruskan lebih awal risiko permintaan yang berlebihan berikutan tekanan harga.

Advertisement

“Adalah penting untuk diingatkan bahawa kita merekodkan paras OPR yang rendah sebelum ini. Ini bermakna pelarasan OPR, dasar monetari akan kekal akomodatif tahun ini untuk menyokong pemulihan ekonomi,” kata beliau.

Beliau mengulangi bahawa bank pusat komited untuk melaraskan dasar monetari secara beransur-ansur memandangkan negara berada pada laluan pemulihan.

Sumber :  Bernama

Author

Ekonomi

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Marzuki Mohamad (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
  • Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
  • “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
  • Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.

Advertisement

Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.

“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.

“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending