Connect with us

Antarabangsa

Ketua Agama Rohingya tidak puas hati cara PBB selesai krisis etnik tersebut

Pelarian Rohingya pada Selasa menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB melibatkan diri secara aktif dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif di Myanmar bagi penghantaran pulang minoriti yang teraniaya ke negara asal mereka, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Agama Rohingya tidak puas hati cara PBB selesai krisis etnik tersebut
Foto: Pelarian Rohingnya.
  • Ketua agama Rohingya, Maulana Azim Ullah mewakili pelarian Rohingya tidak berpuas hati dengan tindakan perlahan PBB dalam menyelesaikan krisis Rohingya.
  • “Kami melihat bahawa peranan PBB hanya tertumpu kepada mengambil maklumat, mengeluarkan kenyataan dan memberi jaminan semata-mata.”
  • Ketua PBB memberi jaminan dalam penghantaran pulang pelarian Rohingya secara aman dan meminta pelarian itu bersabar untuk mewujudkan persekitaran di Myanmar bagi penghantaran pulang kekal Rohingya tanpa kerakyatan.

DHAKA – Pelarian Rohingya pada Selasa menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB melibatkan diri secara aktif dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif di Myanmar bagi penghantaran pulang minoriti yang teraniaya ke negara asal mereka, lapor Agensi Anadolu.

Lawatan Bachelet merupakan lawatan pertama Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB ke Bangladesh serta penempatan pelarian Rohingya di Daerah Cox’s Bazar.

Di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, Bachelet menghabiskan beberapa jam di kem yang penuh sesak dan melawat pejabat pelbagai agensi bantuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menilai perkhidmatan di kem pelarian terbesar di dunia itu.

Beliau juga bertukar pandangan dengan sekumpulan wakil Rohingya dan bertanya kepada mangsa yang terselamat daripada tindakan genosid itu tentang keperluan dan tuntutan mereka.

“Kami meminta beliau untuk melibatkan PBB sebagai organisasi paling berkuasa di dunia untuk mewujudkan persekitaran yang aman di Myanmar supaya kami boleh kembali ke tanah air dengan hak kewarganegaraan dan keselamatan,” kata ketua agama Rohingya, Maulana Azim Ullah.

Ullah berkata, Bachelet memberi jaminan kepada mereka tentang peranan positif PBB dalam penghantaran pulang pelarian Rohingya secara aman, sambil menambah bahawa “sehingga penghantaran pulang secara aman, beliau meminta kami untuk terus bersabar dan tinggal secara aman di kem Bangladesh.”

Ketua pemuda Rohingya Khin Maung bagaimanapun berkata, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan perlahan PBB dalam menyelesaikan krisis Rohingya.

“Kami melihat bahawa peranan PBB hanya tertumpu kepada mengambil maklumat, mengeluarkan kenyataan dan memberi jaminan semata-mata. Saya (tidak akan) percaya bahawa platform pemimpin dunia yang begitu berkuasa memerlukan masa yang begitu lama untuk mewujudkan persekitaran di Myanmar bagi penghantaran pulang kekal Rohingya tanpa kerakyatan,” tambah Maung.

Sambil merujuk kepada pembunuhan dua pemimpin Rohingya baru-baru ini di kem itu, beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa dan negara tuan rumah Bangladesh supaya mengambil langkah sewajarnya bagi mengukuhkan langkah-langkah keselamatan di kem. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Modi mengaku diutus tuhan

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.
  • Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.
  • “Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 
  • “Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 
  • “Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.
  • Modi dilaporkan berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.
  • “Perdana Menteri (Modi) yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau yakin dirinya tidak dilahirkan secara biologi dan beliau diutuskan tuhan untuk melakukan kerja-kerjanya.

Modi dilaporkan berkata demikian ketika berkempen untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) di Basti, Uttar Pradesh pada 22 Mei lalu.

Free Press Kashmir melaporkan Modi berusaha untuk menaikkan imejnya dengan dakwaan mereka mengundinya akan mendapat manfaat daripada kerja baik yang akan dilakukannya.

Dalam temu bual dengan News18 pada 14 Mei lalu, sebelum memfailkan kertas pencalonan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) bagi kawasan Varanasi, Modi membuat kenyataan mengaitkan hubungan ketuhanan membabitkan dirinya.

“Ketika ibu saya masih hidup, saya percaya saya dilahirkan secara biologi. Selepas ibu meninggal dunia, merenung pengalaman saya, saya yakin bahawa tuhan telah menghantar saya. 

“Tenaga ini bukan dari tubuh biologi saya tetapi diberikan oleh tuhan. Saya percaya tuhan telah memberikan saya kebolehan, inspirasi dan niat yang baik dengan tujuan. 

“Saya hanyalah alat, dan setiap kali saya melakukan apa-apa, saya rasa dibimbing oleh tuhan.” Inilah respons kepada soalan utama dari lima tahun lalu, “Mengapa kamu tidak keletihan?,” kata Modi kepada News18 dipetik Free Press Kashmir.

Modi sebelum ini menyebut dirinya sebahagian daripada rancangan tuhan, tetapi komen dibuat dalam tempoh kempen pilihan raya yang semakin sengit menarik perhatian ramai.

Ketua Media Kongres, MP Jairam Ramesh mengkritik kenyataan Modi dan menyifatkannya sebagai cerminan “khayalan dan keangkuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini”, mencadangkan perkara itu sebagai indikasi kekalahannya akan datang. 

“Perdana Menteri yang akan tamat tempoh ini nampaknya fikir dia adalah tuhan. Ini adalah tahap khayalan dan keangkuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ramesh. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending