Terkini
Kertas putih kesihatan perlu ‘kebal’ walau parti mana jadi kerajaan
Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat.
- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal melantik Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan terdiri daripada 13 pakar dalam pelbagai bidang kesihatan.
- Kertas putih kesihatan akan menjadi sistem penjagaan kesihatan yang meluas dan tidak tertumpu kepada penyakit tertentu dan kumpulan demografi.
- Khairy turut menyatakan Kertas Putih Kesihatan dapat melakukan semak dan imbang kepada institusi kesihatan tanpa mengira tanpa mengira perubahan dalam politik.
- KKM perlu memastikan rancangan pembaharuan itu ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan.
KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang mana kesihatan, kewangan dan hubungan sosial saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Justeru katanya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membangunkan Kertas Putih Kesihatan, pihaknya juga perlu memastikan rancangan pembaharuan itu ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan.
“Usaha yang ditetapkan ini harus terus diperkukuh, namun kita memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan disampaikan, dibiayai dan ditadbir.
“Bagi menjamin perubahan jangka panjang ini, Kertas Putih Kesihatan akan memberi tumpuan kepada pembaharuan yang paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, bukan penyakit tertentu atau individu kumpulan demografi.
“Justeru, sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan saya berharap kita semua akan memainkan peranan dalam menyokong pembentangannya di Parlimen pada akhir tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 dengan tema “Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan” di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali; Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh.
Bagi terus menjamin langkah pembaharuan itu, Kertas Putih Kesihatan akan turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Kesihatan bagi memantau secara bebas, menasihat dan melaporkan status pelaksanaannya kepada kerajaan, Parlimen dan rakyat.
“Melalui Suruhanjaya yang telus dan dilantik dengan baik ini, kita berharap ia akan mewujudkan semak dan imbang dalam institusi serta memastikan tindakan susulan ke atas pembaharuan, tanpa mengira perubahan dalam bidang politik
“Saya juga akan melantik Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan, yang terdiri daripada 13 pakar dalam pelbagai bidang, bagi membantu dalam mencabar dan memurnikan keutamaan dasar kesihatan.
“Terdapat beberapa input yang baik daripada banyak pihak dan saluran dan ketika ini, beberapa program, inisiatif dan platform perundingan sedang berlangsung ke arah menangani banyak isu yang timbul,” katanya.
Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 akan berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.
Ia menghimpunkan tokoh dan pakar kesihatan dari dalam serta luar negara, yang akan berkongsi maklumat dan pandangan mengenai perancangan masa depan sistem kesihatan dalam pelbagai aspek, terutama ke arah membangunkan Kertas Putih Kesihatan negara.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia