Connect with us

Antarabangsa

Jururawat pelatih di India ditahan kerana ‘recycle’ picagari vaksin COVID-19 kepada 30 pelajar

Seorang jururawat pelatih ditahan polis kerana menggunakan picagari yang sama untuk memberi vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India pada Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

jururawat pelatih menggunakan picagari sama
  • Jururawat pelatih, Jitendra Ahirwar yang ditahan polis telah menjalani latihan prosedur itu.
  • Kesemua 30 pelajar yang divaksin itu dilaporkan dalam keadaan selamat 
  • Kejadian berlaku Rabu lalu semasa program vaksin mega di sebuah sekolah menengah.
  • Susulan insiden itu, pegawai vaksinasi daerah telah digantung tugas bagi siasatan lanjut.

NEW DELHI – Seorang jururawat pelatih ditahan polis kerana menggunakan picagari yang sama untuk memberi vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India pada Jumaat lalu.

Menurut polis, suspek Jitendra Ahirwar telah dilatih untuk menjalankan prosedur itu oleh jabatan kesihatan tempatan di Daerah Sagar terletak di negeri Madhya Pradesh.

“Kami telah pun menahan lelaki itu. Dia sudah suntik vaksin dengan picagari yang sama,” kata pegawai polis di daerah itu, Tarun Nayak yang dipetik agensi berita Anadolu. 

“Pelajar yang divaksin dalam keadaan yang selamat,” kata Tarun Nayak.

Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu semasa program vaksin mega di sebuah sekolah menengah menurut pegawai itu.

Menurut Ahirwar di dalam satu video tular di media sosial, dia tidak patut dipersalahkan memandangkan hanya diberikan satu picagari untuk sepanjang program itu.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah Sagar, Dr Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu juga digantung tugas bagi siasatan lanjut.

Menurut garis panduan kesihatan, penggunaan picagari yang sama tidak patut diamalkan dalam perubatan bagi mengelakkan penyebaran penyakit (bawaan) darah.

Sumber: Anadolu Agency

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending