Connect with us

Terkini

Isu rider mogok: Grab Malaysia tidak kurangkan upah

Grab Malaysia tidak mengurangkan upah untuk perkhidmatan penghantaran sebaliknya isu yang tercetus merupakan kes terpencil membabitkan rakan penghantaran mereka.

Wartawan TMT

Published

on

grab malaysia
Foto: Sumber Bernama.
  • Grab Malaysia jelaskan Isu tercetus adalah kes terpencil membabitkan rakan penghantaran mereka.
  • Isu sudah diselesaikan dan diperjelaskan kepada kelompok rider terbabit.
  • Masalah berlaku ekoran gangguan dalam sistem.
  • “Kami telah membetulkan isu itu dan telah memindahkan baki itu kepada semua rakan kongsi yang terjejas,” kata Grab Malaysia.

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia tidak mengurangkan upah untuk perkhidmatan penghantaran sebaliknya isu yang tercetus merupakan kes terpencil membabitkan rakan penghantaran mereka.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Grab Malaysia memaklumkan isu itu yang menimbulkan salah faham dalam kalangan rakan penghantar telah diselesaikan dan diperjelaskan kepada mereka yang terlibat.

“Kebimbangan baru-baru ini yang ditimbulkan oleh rakan kongsi penghantaran adalah disebabkan oleh gangguan dalam sistem kami, di mana dia mendapati terdapat percanggahan dalam pendapatannya.

“Kami telah membetulkan isu itu, dan telah memindahkan baki itu kepada semua rakan kongsi yang terjejas, dan menjelaskan perkara itu melalui saluran komunikasi rasmi kami pada 21 Julai,” kata Grab dalam satu kenyataan pada Khamis.

Grab juga menegaskan pihak mereka kekal komited untuk menyokong komuniti rakan kongsi penghantaran mereka, dengan memperkenalkan pelbagai usaha termasuk perlindungan kemalangan peribadi percuma dan kerjasama dengan KWSP untuk memudahkan caruman, dan insentif tambahan sehingga 10 peratus bagi yang berkenaan.

“Kami juga membantu rakan kongsi kami untuk menjimatkan perbelanjaan operasi mereka seperti diskaun petrol, penyelenggaraan kenderaan, keperluan harian dan banyak lagi.

“Selain itu, kami juga memperkenalkan pelbagai promosi dan kempen seperti GrabUnlimited yang dilancarkan baru-baru ini untuk membantu rakan kongsi kami.

“Pek langganan dengan lebih daripada 50 baucar diskaun berbeza bertujuan untuk bukan sahaja meningkatkan jualan untuk peniaga, tetapi juga menyediakan lebih banyak pekerjaan untuk rakan kongsi penghantaran kami,” tambah mereka.

Terdahulu media melaporkan rakan kongsi penghantaran Grab tidak berpuas hati dengan kadar rata semasa yang dibayar bagi setiap penghantaran, sehingga mencetuskan perancangan gerakan boikot selama sehari pada Jumaat (5 Ogos).

Mereka mendakwa tidak diberi upah yang setimpal, terutamanya yang mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending