Connect with us

Antarabangsa

India rekod kes cacar monyet pertama babitkan wanita dari Nigeria

Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India, demikian lapor agensi berita Sputnik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

cacar monyet india mencatat kes pertama
Foto: Sumber Reuters.
  • Seorang wanita Nigeria di New Delhi berusia 30an disahkan positif cacar monyet.
  • Sudah berada di sana selama lebih sebulan dan tidak melakukan sebarang perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari lalu.
  • India melaporkan kematian pertama akibat wabak cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari Kerala pada 31 Julai.
  • Lebih 25,000 kes cacar monyet dilaporkan di seluruh dunia di lebih 70 negara setakat ini.

MOSCOW – Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India, demikian lapor agensi berita Sputnik.

Seorang wanita Nigeria berusia 30an disahkan positif cacar monyet pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di India kepada sembilan, menurut Indian Express.

Wanita itu berada di New Delhi selama lebih sebulan dan tidak melakukan sebarang perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari lalu.

Sementara itu, lima kes jangkitan wabak dilaporkan di barat daya Kerala, dan kesemua pesakit mempunyai rekod perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu.

India melaporkan kematian pertama akibat wabak cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari Kerala pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Kerala Veena George, lelaki itu disahkan positif virus itu sebelum menaiki pesawat ke India, tetapi tidak mengalami sebarang gejala sebelum dimasukkan ke hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai lalu.

Lebih 25,000 kes telah dilaporkan di seluruh dunia di lebih 70 negara setakat ini.

Sumber: Bernama

 

Author