Antarabangsa
Guna alat kemaluan palsu tipu mangsa, wanita transgender dipenjara 10 tahun
Seorang wanita transgender di England dihukum penjara 10 tahun kerana menggunakan zakar prostetik atau palsu untuk mengumpan dua wanita dan seorang remaja perempuan melakukan hubungan intim, lapor Kosmo memetik agensi berita ANI baru-baru ini.

- Wanita transgender di England dihukum penjara 10 tahun kerana menggunakan zakar prostetik atau palsu untuk mengumpan dua wanita dan seorang remaja perempuan melakukan hubungan intim.
- Tertuduh, Hannah Walters dilahirkan sebagai perempuan menukar nama ke Tarjit Singh kerana mahu dikenali sebagai lelaki
- Dia memakai kemaluan palsu semasa melakukan hubungan intim di dalam gelap.
- Hannah berdepan tiga pertuduhan serangan seksual, enam pertuduhan serangan mendatangkan kecederaan tubuh badan dan satu pertuduhan membuat ugutan bunuh dalam perbicaraan di sebuah mahkamah Britain awal tahun ini.
- Hannah mengugut membakar seorang mangsa selepas menyerangnya dengan cecair pemetik api dan kemudian mematahkan hidung wanita itu menggunakan telefon bimbit.
- Hannah mengundang risiko kepada orang ramai dan merupakan ‘pesalah berbahaya.
LONDON – Seorang wanita transgender di England dihukum penjara 10 tahun kerana menggunakan zakar prostetik atau palsu untuk mengumpan dua wanita dan seorang remaja perempuan melakukan hubungan intim, lapor Kosmo memetik agensi berita ANI baru-baru ini.
Tertuduh, Hannah Walters, 32, dilahirkan sebagai perempuan tetapi menukar identitinya kepada lelaki yang bernama Tarjit Singh . Dia akan memakai kemaluan palsu itu semasa melakukan hubungan intim di dalam gelap.
Menurut laporan Hannah disabitkan dengan tiga pertuduhan serangan seksual, enam pertuduhan serangan yang mendatangkan kecederaan tubuh badan dan satu pertuduhan membuat ugutan bunuh dalam perbicaraan di sebuah mahkamah Britain awal tahun ini.
Mahkamah mendengar bagaimana Hannah mengugut untuk membakar seorang mangsa selepas menyerangnya dengan cecair pemetik api dan kemudian mematahkan hidung wanita itu dengan menggunakan telefon bimbit.
Dia juga menampar dan menumbuk mangsa.
Hakim Oscar Del Fabbro berkata, Hannah mengundang risiko kepada orang ramai dan merupakan ‘pesalah berbahaya’ yang berulang kali melakukan tindakan keganasan dan serangan terhadap tiga mangsa tersebut.
Dalam keputusannya, Hakim berkata, daripada berterus-terang dan bercakap secara jujur tentang status jantinanya, Hannah memilih jalan penipuan.
“Anda menipu mereka bahawa anda lelaki dan bertindak seperti anda lelaki,” tambah Hakim Fabbro.
Hannah akan menjalani hukuman penjara 10 tahun.
Sumber : Agensi / Kosmo
