Connect with us

Terkini

Benarkan transgender tukar status jantina pada kad pengenalan – Human Rights Watch

Human Rights Watch (HRW), sebuah badan hak asasi antarabangsa, telah menyarankan supaya Parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan transgender untuk menukar nama dan jantina pada kad pengenalan mengikut pilihan mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Benarkan transgender tukar status jantina pada kad pengenalan
Foto: Sumber Samudera.
  • Human Rights Watch (HRW) menyarankan Parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan transgender menukar nama dan jantina pada kad pengenalan mengikut pilihan mereka.
  • Parlimen juga disaran menolak usul pindaan undang-undang yang memberikan peruntukan hukuman lebih berat kepada Mahkamah Syariah.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran latih petugas kesihatan memberikan layanan yang “mengabsahkan” LGBT.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 – Human Rights Watch (HRW), sebuah badan hak asasi antarabangsa, telah menyarankan supaya Parlimen meluluskan undang-undang yang membenarkan transgender untuk menukar nama dan jantina pada kad pengenalan mengikut pilihan mereka.

Menerusi laporan yang disiarkan, Human Rights Watch telah menyatakan tuntutan-tuntutan kepada beberapa badan kerajaan seperti Perdana Menteri, Parlimen Persekutuan, Pejabat Peguam Negara dan lain-lain yang berkaitan.

Dalam laporan yang sama, HRW turut menyarankan supaya Parlimen menolak usul pindaan undang-undang yang memberikan peruntukan hukuman lebih berat kepada Mahkamah Syariah.

Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga disarankan untuk melatih petugas kesihatan untuk memberikan layanan yang “mengabsahkan” LGBT.

Terdahulu,  HRW bersama Justice for Sisters, menggesa kerajaan tidak mendiskriminasi hubungan sejenis dan kepelbagaian gender juga perlu menghentikan program serta cadangan retorik bahawa golongan LGBT perlu ‘dipulihkan’ atau ‘dirawat.’

Ia merujuk kepada program seperti Mukhayyam yang diadakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai satu inisiatif untuk membantu golongan LGBT menjalani kehidupan yang selari dengan tuntutan syariat.

Sumber : Samudera

Advertisement

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending