Connect with us

Terkini

“Batalkan lesen penjual minuman keras, jika benarkan penglibatan orang Islam,” – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Gesaan tiga orang mufti yang mahukan satu polisi jelas diwujudkan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras, mendapat reaksi daripada Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia,Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Hidayah Sani

Published

on

Batalkan lesen penjual minuman keras
Batalkan lesen penjual minuman keras
  • Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mengalu-alukan cadangan tiga orang mufti yang mahukan satu polisi jelas diwujudkan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras.
  • Gesaan itu selari dengan undang-undang yang digubal di ketiga-tiga negeri tersebut dan negeri-negeri lain di Malaysia.
  • Bagaimanapun, pihak kerajaan sama ada peringkat negeri ataupun persekutuan mestilah memberi efek kepada peruntukan undang-undang yang telah digubal.
  • Pendekatan berpilih tak seharusnya dilakukan seperti mengharamkan perkhidmatan minum memabukkan bagi orang Islam tetapi dalam waktu sama beri kebenaran atau lesen kepada orang Islam sama ada menjual, mempamer atau apa sahaja perkhidmatan berkaitan minum minuman memabukkan.
  • “Lesen menjual minuman memabukkan perlu meletakkan syarat tidak membenarkan orang Islam untuk memberikan perkhidmatan menjual minuman memabukkan itu. Jika ingkar lesen boleh dibatalkan. Ini bagi menghormati undang-undang yang berkuatkuasa.” 
  • Orang Islam mesti mengelakkan diri dari sebarang bentuk penjualan atau pameran arak untuk mengelakkan sebarang pendakwaan di dunia dan dosa di akhirat kelak.

KUALA LUMPUR – Gesaan tiga orang mufti yang mahukan satu polisi jelas diwujudkan untuk mengharamkan penglibatan orang Islam dalam perkhidmatan minuman keras, mendapat reaksi daripada Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia,Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Menurut Presiden PPMM, mereka mengalu-alukan cadangan tiga orang mufti tersebut ekoran ia selari dengan kehendak undang-undang yang telah digubal di ketiga-tiga negeri tersebut dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, pihak kerajaan sama ada peringkat negeri ataupun persekutuan mestilah memberi efek kepada peruntukan undang-undang yang telah mereka gubalkan.

Kata beliau, pendekatan berpilih tak seharusnya dilakukan seperti mengharamkan perkhidmatan minum memabukkan bagi orang Islam tetapi dalam masa yang sama memberi kebenaran atau lesen kepada orang Islam sama ada menjual, mempamer atau apa sahaja perkhidmatan berkaitan minum minuman memabukkan.

Justeru, “Lesen menjual minuman memabukkan perlu meletakkan syarat tidak membenarkan orang Islam untuk memberikan perkhidmatan menjual minuman memabukkan itu. 

“Jika ingkar lesen boleh dibatalkan. Ini bagi menghormati undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya pada Jumaat.

Tambahnya, undang-undang syariah sudah sedia ada, penguatkuasaan pun ada berkenaan larangan untuk orang Muslim terlibat dalam sebarang perkhidmatan minuman keras tetapi perlu dipertingkatkan lagi.

Jika kita rujuk peruntukan undang-undang tiga negeri tersebut seperti berikut:-

  1. Seksyen 27 minuman yang memabukkan, dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang.
  2. Seksyen 19 minuman yang memabukkan, dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.
  3. Seksyen 24 minuman yang memabukkan, Enakmen Jenayah dalam Syarak (Perlis) 1991

Mengulas lanjut, beliau berkata, “dapat disimpulkan kesalahan yang dijadikan undang-undang tersebut bukan hanya meminum minuman memabukkan tetapi termasuk juga membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan, membawa atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan. 

“Peruntukan undang-undang tersebut juga selaras dengan hukum syarak sebagaimana yang telah dijelaskan oleh mufti-mufti tersebut juga.” 

Tegasnya, orang Islam mesti mengelakkan diri dari sebarang bentuk penjualan atau pameran arak untuk mengelakkan sebarang pendakwaan di dunia dan dosa di akhirat kelak.

Semalam, The Merdeka Times melaporkan tiga orang mufti iaitu Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor serta Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman juga di mana ia dibangkitkan terlebih dahulu oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pada awal tahun ini.

Ketiga-tiga mereka mahukan polisi yang jelas bagi melarang mana-mana syarikat perniagaan atau perkhidmatan membabitkan pekerja muslim dalam urusan penjualan atau perkhidmatan arak.

 

Author

Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending