Antarabangsa
Arab Saudi benarkan anak pendatang haram bersekolah
Kanak-kanak warga asing tanpa izin di Arab Saudi akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.
- Mereka akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.
- Sekolah harus sediakan borang kemasukan ke institusi pendidikan rendah kepada ibu bapa kanak-kanak yang tinggal secara haram di negara tersebut.
- Pihak sekolah perlu mengarahkan ibu bapa menghubungi pejabat kementerian di wilayah tempat tinggal mereka untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan.
- Borang kemasukan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran, lapor akhbar Gulf News.
- Borang tersebut perlu ada maklumat peribadi tentang pelajar, bapa dan ibu mereka seperti dalam pasport, permit pemastautin jika ada atau visa lawatan bersama-sama dengan alamat kediaman tetap.
RIYADH – Kanak-kanak warga asing tanpa izin di Arab Saudi akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.
Kementerian itu berkata bahawa sekolah-sekolah harus menyediakan borang-borang kemasukan ke institusi pendidikan rendah tersebut kepada ibu bapa kanak-kanak yang tinggal secara haram di negara tersebut.
Pihak sekolah juga perlu mengarahkan ibu bapa tersebut untuk menghubungi pejabat kementerian di wilayah tempat tinggal mereka untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan.
Borang kemasukan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran, lapor akhbar Gulf News.
Kementerian itu juga perlu mengarahkan Jabatan Pendidikan di Arab Saudi untuk menyediakan laporan statistik bulanan mengenai bilangan pelajar yang mendaftar.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa di dalam borang tersebut perlu ada maklumat peribadi tentang pelajar, bapa dan ibu mereka seperti dalam pasport, permit pemastautin jika ada atau visa lawatan bersama-sama dengan alamat kediaman tetap.
Sumber : Sinar Harian / Agensi
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar