Connect with us

Antarabangsa

Angkat tangan selama 45 tahun, bukti pengabdian seorang lelaki Hindu Sadhu

Seorang lelaki Hindu Sadhu, Amar Bharati mengangkat tangan kanannya pada 1973 dan tidak menurunkannya sejak itu.

Wartawan TMT

Published

on

Angkat tangan selama 45 tahun, bukti pengabdian seorang lelaki Hindu Sadhu
Foto: Amar Bharati.
  • Seorang lelaki Hindu Sadhu menggenggam dan mengangkat tangan tanpa menurunkanya selama 45 tahun, tindakan pengabdian dalam agama Hindu dianutinya.
  • Amar Bharati membuatnya sebagai pengabdian dan mendedikasikan sisa hidupnya kepada Dewa Shiva, tuhan agama Hindu.
  • Amar Bharati memilih untuk menjadi seorang India Sadhu kira-kira empat dekad  lalu bagi menjalani kehidupan yang jauh daripada keperluan material serta sebarang aktiviti yang tidak suci, dengan kata lain, seorang sami.

Seorang lelaki Hindu Sadhu, Amar Bharati mengangkat tangan kanannya pada 1973 dan tidak menurunkannya sejak itu.

Amar melihat tindakannya itu sebagai pengabdian kepada Dewa Shiva dan mendedikasikan matlamatnya untuk mewujudkan keamanan sejagat. 

Beliau seorang sadhu terkenal yang menghadiri Kumbh Melas.

Pada 1970-an Amar bekerja di sebuah bank India, menjalani kehidupan sederhana bersama isteri dan tiga anaknya. 

Suatu hari dia mendapat pencerahan, entah dari mana yang membuatnya memilih untuk meninggalkan keluarga, pekerjaan, dan rakan-rakannya untuk mengikuti panggilan agamanya.

Amar memutuskan untuk mendedikasikan sisa hidupnya kepada Shiva, tuhan dari agama Hindu. 

Pada mulanya, dia masih merasakan godaan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan sebagai seorang sami, kerana itu dia perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik untuk benar-benar memantapkan pegangan agamanya.

Itulah sebabnya pada 1973 dia memilih untuk mengangkat tangannya dan memegangnya sepanjang hayatnya untuk menunjukkan kepercayaan dan penghargaan terhadap Shiva.

Sumber: History of yesterday

Author

Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending