Connect with us

Terkini

8 kematian, kes COVID-19 kembali meningkat

Kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Khamis dengan 3,202 kes direkodkan berbanding 2,636 kes pada hari sebelumnya dengan empat daripadanya adalah kes import.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

8 kematian, kes COVID-19 kembali meningkat
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Kes COVID-19 meningkat pada Khamis dengan 3,202 kes direkodkan.
  • Berbanding 2,636 kes pada hari sebelumnya.
  • Jumlah kes keseluruhan COVID-19 di Malaysia setakat ini 4,730,327 juta kes.
  • KKM melaporkan di portal CovidNow, terdapat 8 kematian pada Isnin.
  • Jumlh kumulatif kematian akibat COVID-19 dalam negara kini sebanya 36,193 kes.

SHAH ALAM – Kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Khamis dengan 3,202 kes direkodkan berbanding 2,636 kes pada hari sebelumnya dengan empat daripadanya adalah kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu di Malaysia kepada 4,730,327 juta kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin adalah sebanyak lapan kematian dengan satu daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu di dalam negara kini sebanyak 36,193 kes.

Daripada 37,006 kes COVID-19 yang masih aktif setakat Khamis, seramai 22 pesakit masih berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). 1,271 lagi pesakit dirawat di hospital.

Sebanyak 69 kes dirawat di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 42 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh yang direkodkan pada Isnin adalah 2,180 kes. Menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara kepada 4,698,401 juta kes.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *