Connect with us

Terkini

11 kenderaan dirempuh treler hilang kawalan

Sebanyak 11 buah kenderaan yang berhenti di sebuah lampu isyarat mengalami pelbagai kerosakan akibat dirempuh sebuah treler yang gagal berhenti di Persiaran Tengku Ampuan menghala Puchong, berhampiran sebuah restoran makanan segera di sini pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

11 kenderaan dirempuh lori
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • 11 buah kenderaan yang berhenti di lampu isyarat dirempuh sebuah treler.
  • Kesemua mangsa kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemuanya membuat laporan polis.
  • Treler itu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

SHAH ALAM – Sebanyak 11 buah kenderaan yang berhenti di sebuah lampu isyarat mengalami pelbagai kerosakan akibat dirempuh sebuah treler yang gagal berhenti di Persiaran Tengku Ampuan menghala Puchong, berhampiran sebuah restoran makanan segera di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan sekitar jam 12.09 tengah hari itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemuanya telah hadir membuat laporan.

“Hasil siasatan, mendapati treler tersebut tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

“Kemalangan juga dipercayai melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Iqbal berkata, ujian urin didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati pemandu treler terbabit tiada sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending