Connect with us

Antarabangsa

WHO isytihar cacar monyet darurat kesihatan global!

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

Wartawan TMT

Published

on

who Tedros Adhanom Ghebreyesus
Foto: Kredit Fabrice Coffrini/AFP/Getty.
  • WHO isytiharkan cacar monyet darurat kesihatan global dengan amaran tahap tertinggi.
  • Lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian.
  • Jumaat lalu, seorang pakar pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran peningkatan kes secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang serta ia tidak dapat dielakkan.
  • Hal tersebut menyebabkan Ketua Pengarah WHO perlu isytiharkan darurat global.

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertingginya.

“Saya sudah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global melambangkan darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa,” umum Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Ketika itu, 3,040 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 47 negara,” tulisnya dalam catatan di Twitter.

“Sejak itu, penularan terbabit sudah merebak dan kini terdapat lebih 16,000 kes dilaporkan dari 75 negara serta wilayah dan lima kematian.”

Pada 23 Jun lalu, sebuah jawatankuasa kecemasan (EC) ditubuhkan WHO, terdiri daripada pakar untuk memutuskan sama ada cacar monyet menunjukkan ciri-ciri yang boleh menggolongkannya sebagai darurat kesihatan global yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa atau PHEIC iaitu tahap amaran tertinggi agensi kesihatan PBB itu.

Bagaimanapun, majoriti anggota jawatankuasa itu menasihati Tedros bahawa keadaan pada ketika itu belum mencapai ambang tahap amaran terbabit.

Mesyuarat kedua diadakan Khamis lalu dengan jumlah kes jangkitan semakin meningkat, dengan Tedros meluahkan kebimbangannya.

“Saya memerlukan nasihat anda untuk menilai implikasi kesihatan awam pada jangka segera dan pertengahan,” Tedros memberitahu mesyuarat itu diadakan lebih enam jam, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, seorang pakar kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tegas Jumaat lalu.

“Sejak EC #cacarmonyet hanya beberapa minggu lalu, kami sudah menyaksikan kenaikan tinggi pada jumlah kes. Tidak dapat dielakkan bahawa kes akan meningkat secara mendadak dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang. 

Itulah sebabnya @DrTedros perlu mengisytiharkan darurat global,” kata Lawrence Gostin, Pengarah Pusat Kolaborasi WHO mengenai Undang-Undang Kesihatan Nasional dan Global, di Twitter.

“Kegagalan untuk bertindak akan membawa padah buruk kepada kesihatan global,” beliau memberi amaran. – AFP

Sumber : Berita Harian

 

 

Author

Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending