Connect with us

Antarabangsa

WHO gesa gay tidak bertukar pasangan seks elak jangkitan cacar monyet

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis mengehadkan bilangan pasangan mereka berikutan peningkatan mendadak kes ­cacar monyet.

Wartawan TMT

Published

on

who gesa gay tidak bertukar pasangan
Foto: Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin cacar monyet.
  • “Kepada lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki, anda perlu mengurangkan bila­ngan pasangan seks, tidak me­ngadakan hubungan seks dengan pasangan baharu atau bertukar-tukar pasangan,” – Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
  • Gesaan dibuat berikutan golongan tersebut paling teruk terjejas oleh jangkitan virus cacar monyet.
  • Hasil kajian New England Journal of Medicine mendapati 98 peratus individu dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala 95 peratus kes berjangkit melalui hubungan seks.
  • Para pakar berpendapat jangkitan berlaku semasa hubungan rapat dan sentuhan fizikal tetapi enggan mengkategorikan cacar monyet sebagai penyakit kelamin.

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan lelaki yang melakukan hubungan sejenis mengehadkan bilangan pasangan mereka berikutan peningkatan mendadak kes ­cacar monyet.

Menurut laporan Kosmo, gesaan tersebut dibuat kelmarin berikutan golongan pasangan sejenis ini paling teruk terjejas oleh jangkitan virus cacar monyet.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membe­ritahu wartawan bahawa cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan cacar monyet adalah dengan mengurangkan risiko pendedahan.

“Kepada lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki, anda perlu mengurangkan bila­ngan pasangan seks, tidak me­ngadakan hubungan seks dengan pasangan baharu atau bertukar-tukar pasangan,” katanya. 

Lonjakan kes cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu di luar negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah di mana pe­nyakit itu endemik sejak sekian lama.

Tedros berkata kelmarin bahawa lebih 18,000 kes cacar monyet di 78 buah negara telah dilaporkan kepada WHO dengan 70 peratus kes dilaporkan di Eropah dan 25 peratus lagi di rantau Amerika.

Sejumlah 98 peratus kes cacar monyet di seluruh dunia menjangkiti lelaki yang melakukan hubungan sejenis.

Satu kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine minggu lalu mendapati bahawa 98 peratus individu yang dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala 95 peratus kes berjangkit melalui hubungan seks.

Bagaimanapun, pakar-pakar berkata, jangkitan berlaku semasa hubungan rapat dan sentuhan fizikal tetapi mereka masih enggan mengkategorikan cacar monyet sebagai penyakit kelamin. – AFP/ Kosmo

Sumber : Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending