Connect with us

Antarabangsa

Turkiye kutuk mahkamah EU atas keputusan larangan bertudung

Turkiye mengutuk keputusan mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan sebagai melanggar hak kebebasan agama sekaligus menindas hak wanita Muslim di Eropah.

Wartawan TMT

Published

on

turkiye larangan bertudung
Foto: Sumber Adam Sabljaković.
  • Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan.
  • Syarikat di negara tersebut boleh melarang pekerja mereka untuk memakai tudung untuk memaparkan imej “neutral” untuk kepuasan pelanggan.
  • Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Fahrettin Altun berkata, “keputusan ini adalah cubaan memberikan legitimasi kepada perkauman.”
  • Ankara telah berulang kali mengatakan negara-negara Eropah tidak berusaha untuk mencegah diskriminasi terhadap orang Islam.

ANKARA – Turkiye mengutuk keputusan mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan larangan bertudung mengikut keadaan sebagai melanggar hak kebebasan agama sekaligus menindas hak wanita Muslim di Eropah.

Mahkamah Keadilan EU cawangan Luxembourg (CJEU) membuat keputusan yang syarikat di negara tersebut boleh melarang pekerja mereka untuk tidak memakai tudung bagi memaparkan imej “neutral” demi kepuasan pelanggan.

Menurut Menteri Luar Turkiye keputusan itu memburukkan lagi Islamofobia di Eropah.

“Keputusan CJEU di saat  isu Islamofobia, perkauman, dan kebencian semakin buruk di Eropah mengesahkan kewujudan diskriminasi dalam kebebasan beragama,” ujar menteri itu.

Pengarah Komunikasi Presiden Turkiye, Fahrettin Altun pula berkata, “ia juga cubaan mengiktiraf perkauman.”

Ankara sebelum ini telah berulang kali menegaskan negara Eropah tidak pernah berusaha untuk mencegah diskriminasi terhadap umat Islam.

Sumber : Middle East Monitor (MEMO)

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending