Antarabangsa
Suhu mencecah 47 darjah Celsius, 1,063 maut di Portugal
Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

- Gelombang haba itu turut mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari sahaja.
- Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera.
MADRID – Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Kadar kematian meningkat di tengah-tengah gelombang haba terburuk pernah melanda Portugal dengan suhu tertinggi mencecah 47 darjah Celsius (116.6 Fahrenheit) pada Julai.
Menurut data dikeluarkan Institut Alam Sekitar ICNF pada Rabu, gelombang haba itu turut mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari sahaja.
Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera.
Menteri Alam Sekitar Duarte Cordeiro memberitahu Parlimen bahawa negara itu juga berdepan “kemarau yang melampau” dan meminta rakyat supaya menjimatkan penggunaan air.
Sumber : Sinar Harian
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah