Connect with us

Terkini

Rampasan aset Petronas, perlu segera bahas di Parlimen

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menghantar satu usul tergempar berhubung dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas waris Kesultanan Sulu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Dari FB Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub
  • Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menghantar satu usul tergempar berhubung dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas waris Kesultanan Sulu.
  • Usul dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
  • Menurutnya,  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajib menjawab dan bahaskan isu itu di Parlimen kerana rakyat wajar mendapatkan penjelasan.
  • Perkara itu beserta salinan surat usul tergempar yang turut menyenaraikan perkara lain dikongsikan Datuk Seri Salahuddin Ayub di Facebook pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghantar satu usul tergempar berhubung dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilapor telah dirampas oleh waris Kesultanan Sulu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, perkara tersebut wajib dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dibahaskan di Parlimen akan datang.

FB Salahudin Ayub

“Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, beliau turut memuat naik salinan surat usul tergempar yang dihantar kepada Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Surat tersebut turut menyenaraikan perkara lain yang perlu diberi perhatian dalam sidang akan datang.

“Perkara ini perlu disegerakan dengan Perdana Menteri perlu memperjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia dan Petronas berkaitan perkara ini”.

Dalam surat tersebut, beliau juga meminta penjelasan daripada Perdana Menteri dilakukan segera sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan di mana-mana bidang kuasa berlainan yang masih wujud berkaitan Awad asal bidang kuasa yang telah dikeluarkan oleh Timbangtara DR STAMPA pada 25 Mei 2020.

Sumber : Facebook Salahuddin Ayub

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *