Connect with us

Ekonomi

“Prestasi daya saing Malaysia lebih baik berbanding Indonesia” – Pakar ekonomi negara

Malaysia mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara berbanding negara jiran seperti Indonesia, demikian kenyataan dikeluarkan pakar ekonomi negara, Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bagi menjawab persoalan tentang penilaian dunia terhadap Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

pakar ekonomi negara noor azlan ghazali
Foto: Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.
  • Pakar ekonomi negara, Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali memaklumkan keputusan beberapa penilaian indeks menunjukkan prestasi Malaysia lebih baik berbanding Indonesia dari pelbagai aspek.
  • Namun, beliau kesal dengan sifat rakyat Malaysia yang suka memburuk-burukkan negara sendiri.
  • Beliau menyeru supaya rakyat yakin dengan kekuatan dimiliki berbanding menghabiskan masa berbincang dan memikirkan perkara buruk.

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara berbanding negara jiran seperti Indonesia, demikian kenyataan dikeluarkan pakar ekonomi negara, Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bagi menjawab persoalan tentang penilaian dunia terhadap Malaysia.

 “Sangat jelas penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia,” kata beliau susulan mendapati perkhabaran yang menyatakan ekonomi Indonesia semakin baik dari Malaysia.

Beliau turut memetik beberapa aspek penilaian seperti World Competitiveness Index 2022, Complexity Index 2022, OECD PISA Score 2018, Global Innovation Index 2021, Global Food Security Index 2021 dan Corruption Perception Index 2021 dan rata-ratanya memaparkan prestasi Malaysia yang jauh lebih memberangsangkan dari Indonesia.

Malangnya, Azlan mendapati rakyat Malaysia yang seolah-olah lebih suka memburuk-burukkan negara sendiri.

Beliau menyifatkan rakyat negara ini telah hilang keyakinan dan merasakan Malaysia semakin merudum dalam banyak konteks.

“Lebih buruk, seolah membenci negara sendiri. Terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara sendiri,” kesalnya.

Azlan yang juga merupakan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara menyeru supaya rakyat Malaysia bangkit dan yakin dengan keupayaan yang dimiliki.

Advertisement

“Kita terlalu banyak menghabiskan masa berfikir dan berbincang perkara buruk dan tidak baik hingga kita lupa dan tidak percaya dengan kekuatan sendiri”, jelasnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa inilah saatnya untuk rakyat Malaysia fokus pada kekuatan dan turut memohon maaf jika luahannya mengguris hati mana-mana pihak sebelum mengakhiri perkongsiannya di Facebook

Sumber: Facebook page Noor Azlan Ghazali

 

Author

Advertisement

Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Advertisement

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Advertisement

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending