Connect with us

Antarabangsa

Pegawai keselamatan muzium British hina pengunjung Islam

Pegawai keselamatan itu berkata, “Kamu tak sepatutnya membunuh semua orang. Malah, cubalah selamatkan semua orang” kepada mereka.

Wartawan TMT

Published

on

British Museum
Foto: hulkiokantabak (Pixabay)
  • Dua pengunjung Islam dihina ketika pemeriksaan beg di muzium British.
  • Mangsa ditanya “Mana jam randik dan bom?” semasa beg diperiksa.
  • Permohonan maaf telah dibuat secara tidak rasmi.
  • Mangsa mahu hal ini diambil sebagai pengajaran buat semua.

ENGLAND – Dua pengunjung dari Birmingham, Altaf Kazi dan rakan sekerjanya Umar Malik ditanya “Mana jam randik? Mana batang dinamik (sejenis bahan letupan)?” oleh pegawai keselamatan di muzium British semasa menjalani pemeriksaan beg sebelum masuk ke muzium itu atas urusan lawatan kerja.

Pegawai keselamatan itu berkata, “Kamu tak sepatutnya membunuh semua orang. Malah, cubalah selamatkan semua orang” kepada mereka.

Altaf dan Umar berasa amat terkejut memandangkan dua lagi rakan sekerjanya yang berada di hadapan mereka langsung tidak ditanya atau ditegur berkenaan apa-apa.

Altaf bertanya kepada Umar, “Biar betul, kita ditanya sebegitu?”. Setelah mereka kembali tenang, mereka berdua terus ke kaunter pertanyaan dan melaporkan perkara yang terjadi kepada pihak pengurusan muzium tersebut. Insiden pada Khamis lalu itu kemudiannya dikongsikan Altaf di ‘BirminghamLive’ pada Jumaat keesokan harinya.

Foto: Altaf Kazi

Sebaik saja dimaklumkan tentang perkara itu, pihak muzium dilaporkan berkata mereka amat malu dengan perlakuan terbabit walaupun pada mulanya mereka sukar untuk mempercayainya.

Pihak muzium membuat permohonan maaf pada Jumaat lepas.

Perkongsian Altaf itu bukanlah bertujuan memperbesarkan hal itu akan tetapi tujuannya adalah memberi kesedaran kepada orang ramai jika berhadapan dengan situasi sama.

“Apakah maknanya jika kita memilih untuk mendiamkan diri berkenaan isu sebegini? Adakah kita menerimanya? Kita tidak patut menerimanya.” kata Altaf.

Advertisement

Biarpun pihak muzium telah membuat permohonan maaf secara tidak rasmi sebaik sahaja laporan dibuat, Altaf akan memastikan semua orang tahu perkara sensitif sebegitu bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi.

Sumber: Daily Mail UK

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending