Connect with us

Terkini

Lagi video tular menghina Islam

Dalam video berdurasi 36 saat itu, individu tersebut telah memberikan pelbagai gelaran buruk terhadap agama Islam, Allah dan Nabi Muhammad serta orang Melayu.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki hina Islam
Foto: Tangkapan skrin dari video tular tersebut.

KUALA LUMPUR – Tular satu lagi video di mana seorang lelaki berbangsa Melayu terang-terangan menghina agama Islam, Allah dan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, individu tersebut telah memberikan pelbagai gelaran buruk terhadap agama Islam, Allah dan Nabi Muhammad serta orang Melayu.

Ini adalah insiden kedua dalam seminggu setelah seorang wanita yang mengaku beragama Islam & menghafal 15 juzuk Al-Quran bertindak menghina Islam dalam satu persembahan komediri di sebuah kelab komedi di TTDI.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pakar media bimbang tiga menteri luar tunjuk sikap ‘dua pihak’ konflik Israel-Palestin

Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry.
  • Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.
  • “Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.
  • “Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.
  • Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin.” 
  • “Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.
  • Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.

Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.

“Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.

“Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.

Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin”.

“Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.

Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.

“Apabila mereka bercakap mengenai pemulihan PA, inilah yang sering dirujuk pentadbiran Biden. Pertama sekali, PA adalah subkontraktor untuk pendudukan Israel dan sangat tidak popular di kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza,” katanya.

Elmasry berkata ia sesuatu yang paradoks untuk bercakap tentang penentuan sendiri nasib rakyat Palestin tanpa mendengar apa mereka mahukan dari segi kepimpinan.

“Dan kemudian mereka bercakap tentang penyelesaian dua negara, yang merupakan kemustahilan mutlak memandangkan lebih 700,000 peneroka Israel tinggal di tanah Palestin di lebih 200 penempatan dan pos, di mana kesemuanya adalah haram,” katanya.

“Penyelesaian dua negara dibuat mustahil oleh Israel dengan sengaja. Jadi, perkara ini sangat tidak masuk akal. Jika kamu warga Palestin yang mendengar kata-kata ini, kamu mungkin akan kecewa dengan perkataan-perkataan yang digunakan.”

Elmasry bagaimanapun berkata, dalam jangka masa panjang, langkah ini akan membantu perjuangan Palestin.

“Saya mahu jelaskan diri, (perkara) ini mungkin penting kerana sebahagian daripada program tekanan lebih besar yang dikenakan terhadap Israel. 

“Seorang diplomat Israel sebelum ini berkata Tsunami diplomatik dilemparkan kepada Israel. Saya turut fikir dalam jangka masa panjang, perkara seperti ini, walaupun ia simbolik, boleh menjadi penting,” kata Elmasry. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending