Connect with us

Antarabangsa

Kajian AS: Walau sedikit pengambilan alkohol tetap bawa mudarat!

Alkohol didapati boleh meningkatkan risiko penyakit walaupun pengambilannya dalam kuantiti kecil, terutama membabitkan golongan muda berusia antara 15 hingga 39 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

minum alkohol jangan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengambilan alkohol (minum arak) hanya bawa mudarat, khususnya bagi golongan muda berusia antara 15 hingga 39 tahun, demikian kajian terkini di Amerika Syarikat (AS)
  • Kira-kira 60 peratus kecederaan (seperti bunuh diri, pembunuhan, kemalangan jalan raya dll) dalam kalangan orang muda berpunca daripada pengambilan alkohol.
  • Kajian juga mendapati pengambilan alkohol dalam kuantiti sedikit bagi mereka berusia 40 tahun ke atas yang sihat dapat mengurangkan risiko diabetes, strok dan sakit jantung.

NEW YORK – Sebuah kajian terkini di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai risiko pengambilan alkohol. Alkohol didapati boleh meningkatkan risiko penyakit walaupun pengambilannya dalam kuantiti kecil, terutama membabitkan golongan muda berusia antara 15 hingga 39 tahun.

Tabiat minum arak dalam kalangan orang muda amat membimbangkan kerana risiko pengambilannya secara berlebihan boleh mengundang bahaya. 

Kajian diterbitkan dalam jurnal The Lancet pada pertengahan Julai yang dibiayai Yayasan Bill dan Melinda Gates itu menyatakan pengambilan alkohol bagi mereka berumur di bawah 40 tahun tidak membawa sebarang faedah kecuali risiko kesihatan. 

Bagaimanapun, mereka yang melepasi umur 40 tahun mendapat manfaat kesihatan dengan pengambilan alkohol dalam kuantiti sedikit.

Kajian yang dijalankan di lebih 204 negara menganggarkan terdapat 1.34 billion orang minum arak secara berlebihan pada tahun 2020. Dari jumlah itu, hampir 60 peratus berumur antara 15 ke 39 tahun dan 76 peratus darinya adalah lelaki (bersamaan 1 bilion lelaki).

Kajian itu mendapati golongan di bawah umur 40 tahun tidak mendapat manfaat darinya malahan pengambilannya hanya mengundang risiko kepada kesihatan. Kira-kira 60 peratus kecederaan berpunca dari alkohol (seperti bunuh diri, pembunuhan, kemalangan jalan raya, dll) berlaku pada golongan berumur 15-39 tahun dan itu belum mengambil kira isu ketagihan, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah hati dan pelbagai jenis kanser.

Golongan melepasi umur 40 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan dianggap mendapat faedah kecil daripada pengambilan alkohol dalam kuantiti sedikit iaitu mengurangkan risiko kencing manis, strok dan penyakit jantung.

Advertisement

Golongan muda disaran mengehadkan pengambilan alkohol kepada 10 ml wain merah (yang berkadar 13 peratus alkohol) dan kurang dari 50 ml bagi bir (3.5 peratus) untuk kaum lelaki. Bagi kaum wanita pula, 25 ml wain merah dan kurang dari 100 ml bir.

Bagi golongan umur melepasi 40 pula kadar pengambilan alkohol disarankan andalah antara separuh kepada dua kadar minuman standard dalam tempoh sehari. (Kadar minuman standard adalah 100 ml wain merah dan 375 ml bir).

“Mesej yang nak disampaikan mudah sahaja: golongan muda tidak seharusnya minum arak, tapi golongan tua digalakkan minum mengikut kadar dinasihatkan. Biarpun melarang golongan muda minum arak ini seperti tidak masuk akal, kami percaya menyebar fakta dapatan kajian ini penting buat kesihatan semua” kata penyelidik, Dr Emmanuela Gakidou yang juga Profesor di Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) Universiti Perubatan Washington. — ETX Studio

Sumber: Malay Mail

 

 

Advertisement

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending